Gerbang Simetri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Sewaktu ke Putrajaya menyaksikan sambutan hari kemerdekaan baru-baru ini, kami sempat singgah solat Subuh di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putajaya. Atau dikenali juga sebagai Masjid Besi.

Untuk kaki fotografi, masjid yang boleh memuatkan 20, 000 jemaah ini memang lokasi menarik untuk bergambar, terutamanya untuk majlis pernikahan. Sewaktu kami ke sana, ada tiga pasangan pengantin yang sibuk bergaya dan bergambat.

Rekabentuk masjid ini katanya lebih banyak dipengaruhi gaya Jerman dan China, Wallahualam.

Ini gambar gerbang masjid yang saya ambil di mana kedudukannya lurus tembus ke Istana Keadilan.


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putajaya

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Cabaran Foto Blog Bulan September yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #2 : Simetri.






Reactions

Post a Comment

0 Comments