Jalan Kejayaan Terbentang Luas

Setiap kesukaran yang ditempuhi itu, merupakan jalan untuk mengecapi kejayaan gemilang. Tak semesti hanya di penghujung, di pertengahannya pun sudah ada nikmat-nikmat yang tak terduga.

Melihat pada diri sendiri, banyak perkara yang tak pernah terlintas dalam fikiran saya sebelum ini sudah pun menjadi kenyataan.

Misalnya, berlari.

Satu ketika dahulu, berlari keliling balapan stadium satu pusingan pun sudah membuatkan saya tercungap-cungap bernafas mencari oksigen. Satu pusingan 400 meter. Namun, dengan kemahuan dan kesungguhan, saya mencari jalan untuk mengatasi kelemahan diri.

Tahu-tahu, sudah beberapa kali menamatkan larian Half Marathon (21 km) dan juga Janda Baik Ultra Run (28 km).

Ada usaha, ada jalan.

Insya-allah, ada kejayaan.

Tapi tahukan, usaha itu sahaja sudah seharusnya dicatatkan sebagai kemenangan.

Jalan Kejayaan Terbentang LuasAbang Haris melompat selepas berjaya menamatkan pendakian di KDCF

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Cabaran Foto Blog Bulan September yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#septemberblogpostchallenge #septemberwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #1 : Jalan.






Reactions

Post a Comment

0 Comments