Mak Ngah

Al Fatihah.
Untuk Mak Ngah, yang pulang selamanya jam 4 pagi, Jumaat 5 Mei 2006.

Semalam, abah call bila dah nak dekat Maghrib. Ajak kami, anak menantu lelaki pegi hospital Kajang. "Mak Ngah dah nazak", kata abah. Terkejut jugak, tiba2 je dapat berita mak ngah dah nazak. Bila masa mak ngah sakit? Memang betul aku jarang dengar berita mak ngah, tapi kalau nazak mesti datangnya dari sakit yang teruk. Mana boleh nazak je tiba2.

Rupanya mak ngah memang dah lama masuk hospital. Hari Selasa lepas, masa mak ngah nak ke bilik air, mak ngah jatuh. Tergelincir. Tak sedarkan diri. Mak ngah memang dah ada sakit, darah tinggi, lemah jantung, etc. Tergelincir tu jadi pencetus pengakhiran. Sejak dari tu mak ngah kena tahan kat hospital. Mulanya di Banting, kemudian ke Kelang dan pagi semalam dipindahkan lagi ke Kajang. Bila di Kajang, barulah keluarga kami dan lain-lain tau.

Kami sampai dah nak dekat pukul 9. Keliling katil dah penuh dengan sanak saudara. Keluarga mak ngah pun dah cukup besar. Anak2 je dah 8 oang, semuanya dah berkeluarga. Memang penuh wad 3 tu semalam. Aku cium tangan pak ngah. Pak Ngah menangis. Dalam sebak, aku peluk pak ngah. Sedih. Kurus, cekung badan pak ngah aku tengok. Rupa pak ngah yang tak jauh beza dengan abah, buat aku bertambah hiba.

Aku memang tak tau nak buat apa. Aku memang jarang berhadapan dengan situasi macam ni. Aku memang tak suka. Susah untuk terima hakikat dengan perkara2 macam ni.

Hanya surah Yasin je yang termampu aku sedekahkan. Diniatkan semoga "perjalanan" mak ngah dipermudahkan, kalau masanya dah sampai. Sekali-sekala panas jugak mata, bertambah sedih bila makin ramai ahli keluarga yang berkumpul.

Mak Ngah tak ada apa2 perubahan sepanjang masa kami kat hospital tuh. Abah pun mintak izin dari pak ngah untuk balik. Sekali lagi pak ngah menangis. Macam tu lah pak ngah dari awal kami sampai. Tangisnya tak berhenti. Sayang pak ngah pada mak ngah memang agung.

Kami balik dah dekat tengah malam.


Melaka
Pagi tadi masa ke kedai selisih dengan abg basri, dua pupu aku. Dia tanya, "pergi melaka ke?". Tentunya berkaitan Mak Ngah. Mak ngah orang Melaka. Semalam masa berbual dengan pak ngah, katanya mak ngah mintak "kesudahannya" di Melaka. Di Jasin, kampung asal mak ngah.

Aku tanya balik, "mak ngah dah meninggal ke?".

"Laa.. tak tau lagi ke? Mak ngah meninggal pukul 4 pagi tadi"

Innalillah...

Semoga mak ngah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.





Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Innalillaahiwainnaillaihirajiun.

    Masa ayah aku meninggal dulu, sahabat baik dia beri satu nasihat yang baik.... "Bila teringat terus sedekahkan Al-Fatihah. InsyaAllah kebaikan untuk arwahnya, dan ketengan untuk kita."

    Mungkin kau boleh bisik2 kan pada "Pak Ngah" dengan subtle.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete