TGONTG 4 : Pandangan

Hati menjadi gundah gulana. Betul ke tindakan yang bakal dilakukan? Patut kah?

Banyak pandangan diterima. Isteri. Mak. Abah. Kawan-kawan. Sama seperti dulu-dulu. Apa pun keputusan masih di atas tangan sendiri. Baik buruk dipertimbang.

Tawaran sudah ada. Satu, freelance sepenuh masa. Bekerja dengan syarikat milik bangsa asing. Operasinya di Malaysia, disebabkan tenaga mahir boleh diupah dengan bayaran yang murah. Outsource, terma yang digunakan. Tapi masih tinggi berbanding dengan syarikat lain. Kerjanya? Balik ke kerja asal. Mengaturcara sepenuh masa. Aku masih ada minat, tapi ibaratnya aku berpatah balik dari hala tuju kerjaya yang dirancang. Masih dipertimbangkan.

Tawaran kedua. Sudah lama sebenarnya. Semenjak mula kerja di syarikat W sudah ada tawaran ini. Cumanya tak bersedia. Syarikat K, syarikat lama mahu merujuk. Tapi bukan lagi untuk jawatan yang lama. Kerja baru. Awal-awal dulu, tidak terlalu serius memikirkan. Tapi kebetulan bila sampai saat kecewa yang teramat dengan syarikat W, peluang datang kembali. Dibelek, ditenung. Menarik. Aku teruja. Cumanya, aku dikehendaki melaporkan diri seawal mungkin.

Tawaran kedua memang sukar ditolak. Cuma masih mahu mendapatkan pandangan. Sudahnya, Jumaat lepas aku ke Taman Tun. Dengan 2 lagi rakan, yang sama-sama pernah bekerja di syarikat K berpakat berjumpa dengan x-boss. Selain untuk menziarah, berkongsi cerita dan pengalaman, mahu juga mendapatkan pandangan. Pandangan dari seorang yang relevan dengan situasi sebegini.

Seronok bila berjumpa dengan muka-muka yang familiar. Saat-saat "tenang" satu ketika dulu muncul kembali. Seronoknya kalau dapat bersama skali lagi.

Banyak nasihat yang diperoleh. Terima kasih daun keladi. Sememangnya diri ini memerlukan kata-kata perangsang, lepas beberapa bulan otak disimbah dengan suasana tidak membina.

Insya-allah. Mana yang baik akan dijadikan panduan.

Ada pandangan?





Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. nape x de org bagi pandangan eh...??..hehhehhe

    i pilih syarikat K ..hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau anda mahu berjiran dgn saya..saya setuju sahaja apa sahaja tindakan saudara..kui kui.

    tam** em** satu kaliii !!!

    ReplyDelete
  3. follow your heart + mind... that's what am doing now!!! gue pon TGONTG, but i do go!!! hahhahaa....

    ReplyDelete