Salute to the lyricist. Wonder if this kind of lyric still exist in nowadays songs.
Below is one of the songs that I listen too.
Bunga Anggerik
apa dipandang kepada anggerik
tumbuhnya liar di dalam hutan
mekar sehari esok binasa
sebelum layu sudah pun mati
bukan memandang kepada cantik
pokok pangkalnya hati berkenan
kalau sesuai budi bahasa
sampai ke kubur bersatu hati
bunga anggerik nan permai
memang molek dipakai
banyaklah bunga di dalam taman
apalah guna anggerik di desa
molek pun tidak, wangi pun bukan
tidak sesuai untuk disunting
sungguhlah puan bunga idaman
indah kerana budi bahasa
bukan lah cantik di tengah pekan
cantik berbuai di hujung ranting
bunga angerik yang rendang
memang cantik di pandang
bunga berseri disinar malam
kumbang menari dengan cahaya
alam kekasih bunga dikarang
anggerik tak mungkin menukar ganti
sudah menjadi aturan alam
bunga menyeri taman bahagia
kumbang memilih bukan sebarang
anggerik didesa pujaan hati
bunga angerik didesa
indah budi bahasa
Its a song from "Bawang Putih Bawang Merah". Nice movie. I have been watching it for few times. Ehehehe!
1 Comments
Love this song. memang best lirik dier..
ReplyDelete