TGONTG 5 : To Go Or Not To Go

Previous post;
TGONTG 5 : Another Last Day
TGONTG 5 : How it begins?


Aku jadi goyah. Memang hati jadi tak keruan. Rezeki datang menggolek2. Tapi dalam masa yang sama aku takde langsung terpikir nak tinggal kan syarikat S. Ye lah, kalau ikutkan aku ni, bukan la suka nak melompat kerja (ye ke?). Melainkan syarikat tu bermasalah atau aku takleh adapt lagi, baru aku carik kerja lain. Like what happened kat my previous 2 employees. Satu haprak, satu lagi tak rasi.

Kat syarikat S, aku happy. Attitude team mates aku memang superb. Masing2 agak baru dalam bidang kerja yang dibagi, tapi tu bukan halangan untuk siapkan kerja. Proses pembelajaran wujud. Itu yang aku suka. Banyak yang aku belajar. Merancang strategi, selia anak buah yang agak ramai, deal with people, etc. Best!

Pastu, opis pulak tak sampai 20 minit driving. Tu campur jem tu!

Ye lah. Ada jugak tak bestnya. Life boleh dikatakan 70% dihabiskan untuk kerja. Pagi petang siang malam. Weekend pun kadang2 kena buat kerja. Tapi aku tak berkira. Sebab macam aku kata, aku suka dengan apa yang aku buat. Aku enjoy dengan kerja aku. I am learning.

Jadinya, bila ada offer dari syarikat T, aku susah nak buat keputusan segera. Aku jadik terperangkap. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Nak kemam tak boleh.

Aku buat beberapa perbandingan; antaranya
  1. Pendapatan, benefits. Semuanya menang kat T.
  2. Job scope, lebih kurang sama. Cuma aku dah tau apa kerja aku di S, di T of course belum tau.
  3. Dari segi pangkat (wah, gila kuasa gak aku nih! ahah!), both T & S offer aku jawatan Manager. Tapi mesti beza jadi Manager kat T ngan S. S is new, subsidiary syarikat swasta yg agak besar. But T is a Government Linked Company (GLC), lagi besar gedabak! So, level kat T tinggi lagi lah! :)
  4. Career growth, aku tak mengharap. Dua2 syarikat ada.
  5. Jarak opis ke rumah; S menang besar! Kui!
  6. Flexibility (pakaian, waktu bekerja); S menang
  7. Rakan kerja; aku takleh compare yang ni. Of course S menang :)
Ada lah lagi aku buat perbandingan. Walaupun keputusan lebih kepada T, aku masih berat hati nak buat keputusan.

Sudahnya, istikharah!





Reactions

Post a Comment

0 Comments