Get well soon, my dear!

Bila doktor kata kena buat ujian darah hari pertama, kami macam boleh terima. Ye lah, memang dalam jangkaan. Bila doktor kata perlu buat ujian kali kedua, hati mula hiba, risau. Bila doktor sebut pulak perlu ujian yang ketiga, makin menjadi rasa risau. Mau sasau. Aku dan Syah berusaha seboleh mungkin untuk berdepan dengan sebarang hakikat. Kuat kah?

Semalam, hari yang ke-7 Haris macam dah kebah dari demam. Suhu badan macam biasa. Cuma batuk sekali-sekali. Tapi hari ni, bila bangun pagi, Haris macam panas suam2 lagi. Aduh! Kenapa lah tak stabil suhu si sulung aku nih? Temujanji dengan doktor petang nanti. Aku tak mau lagi ada pulak pesanan manja doktor, "buat ujian darah lagi ye!".

Rutin masa demam berjalan macam biasa. Air 100 plus memang sentiasa dikilik. Selang seli dengan air suam. Perut tetap diisi. Ada menu baru. Kawan2, saudara mara pesan suruh makan sup ketam. Seboleh mungkin apa saja yang boleh membantu Haris cepat sembuh kami buat.

Doa? Tak putus2.

Petang tu, aku berdua dengan Haris ke klinik. Ummi takleh join, dah EL dua hari berturut2 so hari ni kena kerja. Doktor pesan datang petang, ntah apa sebab tak tau. Dua hari sebelum memang awal pagi dah terpacak depan klinik. Proses macam biasa, ambik nombor pastu duduk melangut tunggu giliran. Haris dah buat muka monyok, ye lah dah nanti lengan nak dicucuk lagi. Aku pujuk. Buat pertama kalinya aku bagi anak pegang PDA phone, main games. Cukup "pantang" kalau gadget aku anak2 usik, tapi kali ni aku beralah. Asalkan aku boleh nampak senyuman manis Haris. Alhamdulillah, berhasil.

Nombor giliran dah naik. Aku dan Haris ke bilik doktor. Doktor terus periksa suhu. Katanya masih demam. Disuruhnya buat ujian darah. Haris kat sebelah, dah mula menahan sebak. Keluar bilik, terus menangis. Esak perlahan. Abah memujuk. Esak makin kuat bila masuk ke makmal. Dalam pangkuan, tangan Haris tetap dicucuk jarum.

Darah dihantar untuk diuji. Aku menunggu dalam debar. Ada SMS yang sampai, tapi tak dilayan. Aku tau, itu mesti dari ummi. Tunggu lah. Biar "seksaan" ni lepas dulu. Muka nurse yang bertugas langsung tak menunjukkan perasaan. Bila slip keputusan siap dicetak, riak muka nurse masih gagal ditafsir. Baik kah? Buruk kah?

Keputusan dihulur. Jelas tangan menggigil ketika menyambut. Aku mau tau keputusan segera, jadik buat aku buat tafsiran sendiri. Keputusan hari pertama, bacaan platlet darah Haris 143. 148 hari kedua. Kata doktor, kalau dalam lingkungan 100, dah pasti ke hospital. Tapi, selagi tak lepas paras normal 150, selagi tu ujian darah perlu dibuat. Untuk kepastian.

Keputusan hari ni? 176!

Aku macam nak melompat bila nampak angka ajaib tuh! Syukur, Alhamdulillah! Tapi masih perlu kepastian dari doktor. Cepat2 aku ke bilik doktor di sebelah makmal, kebetulan tak ada pesakit. Aku hulurkan kertas keputusan. Doktor ambik, baca, analisa.

"Hmmm... dah okay dah ni bang. Dah tak payah datang dah buat ujian darah. Bacaan dia dah naik, yg ni plak dah turun.. yg ni dah stabil.. bla bla.. bla..".

Allahuakhbar. Aku betul2 lega. Tak pernah aku rasa macam ni punya release. Memang betul2 happy, sampai air mata dah mula tergenang. Mau jek aku peluk doktor tuh. Huuu! Keluar dari bilik, aku terus peluk Haris. Sebijik cam slot samarinda tv3.

"Abang dah tak payah cek darah dah. Abang kena makan ubat je, ye?"

Respon Haris macam biasa. Takde apa2. Mungkin tak faham, atau mungkin still bengang tangannya disuntik jarum. Ahahah! Apa-apa lah Haris.

Aku lega. Syukur Alhamdulillah. Cumanya aku masih kena betul2 monitor keadaan Haris. Insya-allah.

Untuk semua yang berkongsi maklumat, yang prihatin, terima kasih dari kami sekeluarga.








Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. tu muka haris lps result ke??haha..
    blh wat drama ni..anyway, sume tu dugaan..sj nk test la tu dgn peel nurse x reti cucuk jarum,x mesra alam,so hrp2 sume sihat belaka lps ni.amin....

    ReplyDelete
  2. tu gambar tahun lepas la bang.. saja ja pilih gambar tu.

    anyway, thanks

    ReplyDelete