TGONTG - Versi Bibik Ep 2

Roti bakar.

Bukan la puncanya aku mengamuk tuh. Tu sebenarnya penyebab je. Penyebab untuk menyebabkan bibik sentap. Sentap la sangat!

Aku marah sangat sebab mmg dah lama tak puas hati ngan bibik ni, cumanya terperap je dalam hati. Bila hati tengah panas, dendam kesumat berbuku kat hati, ada pulak pencetus. Sekali meledak, tebaboooooo...

Tu lah, orang kata seeloknya berbincang cara ilmiah. Masalah jangan disimpan. Bila dah kumpul2 sampai sesak dada, itu lah jadinya.

Memang urusan bibik selama ni aku serah pada orang rumah. Aku cuma masuk campur kalau perlu. Definisi "perlu" tu maksudnya bila dia dah naik lemak. Kes dia outing tak balik rumah, bawak boipren datang ke rumah (area rumah, bukan rumah), bergayut kat talipon sampai beratus. Tu kes2 utama yg betul2 aku bengang dengan bibik nih. Aku rasa reasonable lah kan kalau aku nak marah. Sebagai majikan. Sebagai bapak yang risaukan keselamatan anak-anak. So, semenjak hari tu aku mmg dah nak berentikan dia. Tapi atas sebab2 tertentu, aku ngan Syah nak tunggu je sampai habis contract.

Aku tau aku kasar. Marah cara orang takde akal. Aku takleh nak justify kenapa aku patut buat camtuh. Kalau dia terasa hati, memang kena sangat pun.

Dia ni pun nak sentap sakan. Amboi! Terus2 nak packing nak balik kampung. Pedulik apa aku. Memang aku tunggu pun. Kerek sangat. Bila aku dengar Syah kata dia nak balik kampung, hati lagi panas. Tapi aku duduk diam2. Tak mau dah lagi nak mengamuk-mengamuk ni.

Malam tu, aku bawak anak2 semua tido dalam bilik. Kunci rumah semua aku simpan. Mana la tau kan. Kot2 dia nak buat aktiviti merentas desa tengah malam nanti.

Pagi2, Syah hantar dia terus ke ejen. Jam 7.30 am. Menangis2 dalam kereta. Nak jumpa kakak aku, nak jumpa mak aku sebelum balik tapi satu pun tak dapat. Anak2 semua tido lagi dalam bilik, so mmg dia tak dapat jumpa langsung la. Aku? Layan tido lagi best. Tak pasal2 ari ni kena ambik EL.

The best thing is, anak2 sorang pun tak heran bibik takde. Lega!





Reactions

Post a Comment

1 Comments