Aku masih jauh untuk menjadi anak yang soleh.
Aku masih jauh untuk menjadi suami yang adil.
Aku masih jauh untuk menjadi bapa yang cemerlang.
Aku masih jauh untuk menjadi pekerja yang bertanggung jawab.
Aku masih jauh untuk menjadi sahabat yang pengasih.
Dan, hakikatnya, aku masih jauh untuk menjadi hamba-Mu yang patuh pada suruhan-Mu.
"Ya Allah, permudahkan lah aku untuk memahami perintah dan larangan-Mu, agar aku lebih mengenali diriku, dan juga mengabadikan diriku hanya untuk-Mu."
Terima kasih kerana memberi izin untuk aku bernafas lagi. Alhamdulillah.
0 Comments