Berbaki cuti 1 hari dihujung tahun, digunakan sebaik mungkin. Alang-alang cuti Awal Muharam hari Selasa, mintak cuti hari Isnin, dapat lah penuh 4 hari.
Hari ni, singgah di Sik. Rumah adik jadi perhentian. Dari jam 7.30 am, jam 3 pm baru sampai.
Letih, cuaca mendung. Tapi keterujaan nak tengok ladang anggur sudah membuak-buak. Lepas berehat mengisi perut, terus ke Tasik Beris.
Saya teruja. Kali pertama melihat anggur tergantung dipokoknya. Kaler purple, kaler hijau.
Wow!
0 Comments