Gejala sosial kah di sekolah tadika itu?

Macam biasa, sesi soal jawab antara bapak ngan anak terjadi di malam hari. Hanis dah 2 hari sekolah, jadi kena lah tanya apa perasaan dia. Mana tau kot-kot perlu lebih pemotivasian.

"Adik, tadi belajar apa kat sekolah?"

"Ade lajar nyanyi"

"Nyanyi? Adik nyanyi la, abah nak dengar."

"Ala.. anish tak tau"

"Hmmm.. Adik seronok tak sekolah?"

"Seronok. Ade ramai tawan."

"Iya? Siapa nama kawan adik?"

"Cebela (Isabella). Dia tu cuke bukak tudung anish"

"Iye? Adik jangan la kasi dia bukak tudung adik"


Alhamdulillah. Tak ada yang "heavy". Hanis masih ok setakat ni. Tetapi, tiba-tiba hanis menyambung;


"Bah.. Bah! Kat colah tadi ade tawan anish cium anish!"

"HAH! Cium adik? Siapa?

"Anish tak tau nama ye"

"Lelaki ke perempuan?"

"Ropuan"


Oh! Budak perempuan. Ok la kot, perempuan kan manja sikit.


"Eh! Laki-laki lah bah"

"HAAAAAHHHHHH!!!"


Aduh! Masalah nih. Apa yang patut saya buat? Ahahahahah!





Reactions

Post a Comment

0 Comments