Sama ada aku yang tak pandai cari atau memang tak ada. Puas aku cari logo halal kat website halal JAKIM, tak jumpa-jumpa.
Saiz logo yang besar. Bukannya saiz bijik dadu dam ular.
Sudahnya mengharap belas ehsan google image. Banyak aku jumpa dari blog-blog persendirian. Ada yang terangkan terperinci tentang ciri-ciri logo halal ni.
Apa pun yang penting, aku nak gambaran yang betul-betul jelas logo nih. Biar senang diingat. Tak lah lain kali terkial-kial nak pastikan ke"sah"an logo tu.
Jom kongsi. Kasi umat Islam kat Malaysia ni alert sikit. Sekurang-kurangnya kita pesan berpesan bab-bab benda nak jadi darah daging kita nih. Aku pun dalam proses menyenaraikan status halal makanan/premis yang selalu kami gunakan/pergi.
Setakat ni, kegemaran kami sekeluarga ada dalam senarai halal Jakim; Nandos, Big Apple dan krim coklat Nutella. Eheh! Banyak lagi senarai yang perlu dibuat.
Semua artikel, gambar, video dan halaman di blog ini adalah milik penulis (kecuali jika dinyatakan sebaliknya). Sebarang penerbitan semula apa-apa bahan daripada blog ini adalah dilarang kecuali mendapat keizinan bertulis daripada penulis.
All articles, pictures, videos and pages in this blog are owned by the author (unless otherwise stated). Any reproduction of the materials by any party are strictly forbidden unless with written consent by the author.
1 Comments
logo halal tu boleh dapat kat http://www.halal.gov.my/ tapi saiznya kecik je :-)
ReplyDelete