Tiba-tiba. Semuanya berlaku tiba-tiba. Tak terjangka.
Aku gugup. Lain benar rupanya objek ini. Tak sama seperti kereta, tak sama seperti lori, waima bas sekali pun. Jauh benar bezanya. Pelik. Terbang diawang-awangan tanpa sayap, tanpa kipas. Aku terpaku. Kaki bagai terbenam ke bumi. Dalam ketakutan, aku sempat kagum dengan kehebatan objek terbang ini. Buatannya kukuh, bunyi enjinnya hampir tak kedengaran dan paling hebat, bentuknya yang seakan-akan bulan sabit. Aku yakin, objek ini lah yang dinamakan Objek Terbang yang Tidak Dikenalpasti (OTYTD) atau bahasa inggerisnya, UFO!!
Tidak! Tanah airku mahu dijajah mahkluk asing!
Tiba-tiba, pintu objek terbang itu terbuka. Dalam samar-samar asap yang keluar dari dalam kapal, aku nampak dua objek terhenjut-henjut bergerak keluar. Terkaan aku betul. Memang mahkluk asing mahu membuat onar. Warna hijau badan makhluk ini terserlah, dan mereka semakin hampir. Aku masih terpaku. Tidak mungkin aku dapat lari dalam keadaan begini. Aku membaca kan surah "Inna A'toi na" dan "wal asr", mana tau kalau-kalau ini gangguan syaitan. Surah lain sudah aku lupa, sebab hanya surah ini saja yang aku baca masa solat.
Tak berkesan. Makhluk asing berwarna hijau sudah tercegat di depan mata.
Gambaran artis untuk mahluk hijau di perhentian bas |
Tiba-tiba.
"Assalamualaikum dik. Kami nak tumpang tanya. Ni negara apa ni dik? Kami punya Garmin dah rosak, sekarang ni kami on the way nak pegi Amerika".
Bukkk!!
"Laaaa... pengsan pulak!"
0 Comments