Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi

Balik Langkawi baru-baru ni, nampak banyak bunting di tepi-tepi jalan yang kebanyakkannya mempromosikan Kilim Geoforest Park ini. Agaknya, ini salah satu tarikan yang baru di Langkawi, atau mungkin juga baru mula diperkenalkan dengan lebih serius. Aku sudah pernah pergi sekali, kalau tak silap sekitar tahun 2004. Masa itu kami bertiga, menemankan sahabat yang baru berkahwin datang ke Langkawi berbulan madu.

Syah ada juga menyebut-nyebut mahu ke taman laut ini semasa di Kuala Lumpur lagi, tapi waktu itu tidak ada kata putus sebab yang bongsu kena demam campak. Tapi sesudah 2-3 hari di kampung, Hanis sudah kebah sepenuhnya dan kami pun terus siap sedia mahu ke sana. Call segala kroni yang ada, untuk dapatkan segala diskaun yang patut. Ehehehehe!

Untung ada saudara-mara keliling Langkawi ni!

Kilim Geoforest Park ini lebih kepada aktiviti meronda kawasan paya, laut dan sekitarnya. Permulaanny menempuh kawasan paya, ada juga masuk gua (sekiranya air laut surut), dan akhir sekali ke laut lepas (Andaman). Untuk menaiki bot, ada dua pilihan. Sama ada bermula dari jeti di Tanjung Rhu, atau pun di Sungai Kilim. Checkpoint untuk perjalanan bot bagi kedua-dua tempat sama sahaja, cuma dari Tanjung Rhu laluan bot agak jauh. Harga satu bot berbeza mengikut pakej, ikut jumlah penumpang. Minimum satu bot rasanya untuk 8 orang. Pakej pulak bermula dari RM 150. Itu harga di Kilim, kalau kat Tanjung Rhu mahal RM 50, lebih kurang.

Oh! Sila ambil maklum. Ini harga tahun 2011.

Di Jeti Tanjung Rhu ini, parkir kereta tidak menjadi masalah besar. Nasib kami hari itu, dapat parkir betul-betul bersebelahan dengan jeti. Dan, disebabkan segala "urusan" sudah dibuat lebih awal, tak sampai 10 minit kami sudah pun di atas bot.

:)

Aku ini, sudah berulang entah berapa kali di Langkawi, masih kurang "mesra" dengan laut. Lagi-lagi kalau bot kecil. Kaki bagai sudah melekat dengan lantai bot. Tangan pula, seboleh mungkin tak mahu lepas dengan apa-apa sahaja yang melekat pada bot. Debar dalam hati, Allah sahaja yang tahu. Tapi disebabkan ada anak-anak dan juga kekasih hati, kena lah juga tunjuk gagah perkasa. Ahahahaha!

Sat gi depa tengok pak dia kalut, depa lagi kalut.

Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi

Lokasi Jeti Kilim Mangrove Tour

Ini lokasi untuk menaiki bot Kilim Mangrove Tour yang terletak di Pantai Tanjung Rhu.




Eagle Feeding

Aktiviti pertama kami ialah Eagle Feeding, atau bahasa Melayunya bagi helang makan. Mula-mula sekali juragan bot kami singgah di floating restaurant, membeli isi perut ayam untuk diberi makan kepada helang. Pemandangan di sini pun dah cukup cantik. Restoran terapung tergantung elok di tepian pulau kecil, kedudukannya agak stabil kerana terlindung daripada alunan ombak. Di restoran ini sudah tentu boleh makan, tapi kami dah ada tempat pilihan kami sendiri.

Bot meneruskan perjalanan selama beberapa minit dan kami sampai di satu kawasan yang sudahpun dipenuhi dengan bot-bot pelancong yang lain. Kawasan ini memang penuh dengan burung helang. Helang merah, sama seperti patung helang besar berhampiran jeti Kuah. Disebabkan aku duduk di bahagian tengah bot, agak sukar untuk mengambil gambar. Sebarang pergerakan dikhuatiri menyebabkan ketidakseimbangan bot, maklum la dah oversize.

Huuuu!

Seronok melihat burung-burung itu landing menyambar perut ayam yang dilempar juragan. Sembang-sembang dengan Abau si juragan, sebenarnya tak elok bagi isi perut ayam ini. Ianya berminyak, dan antara akibatnya telur-telur burung helang itu pun jadi tak elok. Sedikit banyak mengganggu proses tumbesaran burung helang ni. Hmmm... kalau begini, jabatan mergastua perlulah ambil perhatian. Untuk menjana pendapatan pun, alam sekitar kena dijaga juga.

Jap! Juragan pun sudah tahu bahaya, tetapi dibagi juga. Kenapa, ya? ;)

Gambar-gambar burung helang yang aku cuba ambil, agak blur. Yang dapat, gambar burung di kejauhan.

Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi


Gua Buaya

Selepas 10-15 minit bot bergerak ke destinasi berikutnya, sangkar ikan. Disebabkan waktu itu air laut masih surut, Abau bawa kami melalui Gua Buaya. Waktu air pasang, bot tidakk boleh lalu disebabkan keseluruhan gua dipenuhi air. Anak-anak risau bila kami sampai di mulut gua, tapi masuk sahaja terus nampak pintu keluar di hujung satu lagi, tak sempat mahu takut. Eheheh! Gua ini agak kecil dan sempit, hanya satu bot boleh lepas dalam satu masa.

Kenapa dinamakan Gua Buaya? Sebab sebelum tempat ini dikomersialkan, nelayan-nelayan di Langkawi gunakan laluan ini untuk pergi balik ke laut. Waktu itu, agak kerap terserempak dengan buaya air masin di kawasan sini. Wallahualam. Buaya air masin ini, sesuatu yang jarang di Malaysia.

Tidak ada apa aktiviti di sini, hanya melihat-lihat muka bumi semulajadi. Jadi, kami meneruskan perjalanan. Kami berselisih dengan bot yang agak banyak di setiap laluan, jadi bot memang akan berayun ke depan belakang kiri dan kanan. Silap-silap, ada juga yang termuntah nanti!

Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi


****************
Mangrove Tour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Menikmati Siakap Sweet Sour Di Kilim Geoforest Park, Langkawi
Merentas Laut Andaman Dengan Kilim Geoforest Park, Langkawi






Reactions

Post a Comment

0 Comments