Kisah Benar

Berikut adalah kejadian kisah-kisah benar dalam kehidupan gua, ditokok tambah serba sedikit untuk menyedapkan jalan cerita.

Arakian, bermulah kisah sang petai bercerita.

  1. Masa zaman gua belum sekolah, gua main mercun. Mercun das, yang ada 7 warna tuh. Wa gumbira dipangku ayahanda, sambil tangan abah gua menggenggam kejap tangan gua, bersama-sama kami pegang mercun das tu. Apa kelas letak kat dalam botol. #kisah kasih sayang dan keyakinan#
  2. Ledakan mercun das pertama cantik menuju ke atas, menerangi kegelapan malam dengan cahaya warna magenta (tipu ni, gua tak ingat kaler pertama apa). Masuk das kedua dan seterusnya, mercun tersebut rupanya telah disetkan untuk undur ke belakang. Gua terbakar. Baju terbakar. Bulu mata terbakar. Rambut terbakar. Parut kesan terbakar masih ada di perut, bahu dan juga leher. Gua segan nak tunjuk bukti, especially kat bahagian perut kerna tersembunyi di balik lipatan-lipatan pejal. Kesan kejadian ini, gua tak mesra dengan apa-apa letupan. Kalau raya, gua takat main bunga api yang banyak asap dengan yang cap kucing hitam. Tapi bagus juga bulu mata gua terbakar. Hasilnya sekarang bini gua jeles tengok bulu mata gua yang lentik semulajadi. Awww! #kisah mangsa mercun#
  3. Ramai orang puji tulisan gua cantik. Bulat-bulat. Sebijik-bijik. Dan gua tak nafikan kecantikan tulisan gua tuh. I tak tipu, okay! Tapi untuk mendapat tulisan sebegitu, gua kena berterima kasih dengan arwah Hajjah Samihah, cikgu BM gua masa darjah 6. Kami wajib pakai pen yang kena sedut ink tuh, dan bila menulis kena hati-hati takut ink tuh mengembang membuatkan tulisan di kertas menjadi seakan-akan tompokan najis. Mak gua pun pada satu ketika bila tengok tulisan gua, katanya besar macam gigi Mr Os. Gua sentap. Lalu gua berusaha dan akhirnya mencapai kegemilangan saat ini. #kisah usaha tangga kejayaan#
  4. Gua pernah kena tunjal kepala dengan bontot pen sebab tak bawak buku latihan. Kemudian disusuli pula dengan kata-kata perangsang, "kalau telor tu boleh tanggal, telur tu pun tinggal!". Gua tak report kat mak ngan abah, apa lagi Alumni sekolah. Takut akan mendapat tunjalan susulan. Lagipun masa tu kes saman cikgu masih belum berleluasa. #kisah malang#
  5. Masa sekolah rendah, gua aktif dengan persembahan akhir tahun, untuk majlis penyampaian hadiah. 3 tahun berturut-turut gua buat persembahan dikir barat. #kisah seni#
  6. Sepanjang masa bersekolah rendah dan menengah, sekali je gua pernah naik pentas ambik hadiah masa akhir tahun. Masa darjah 3, gua dapat no 3 keseluruhan. #kisah kejayaan ulung#
  7. Gua pernah rasa malu dengan kerja bapak gua sebagai pembawak bas sekolah. Masa tu gua sekolah menengah, classmate gua rata-rata anak orang ada-ada. Rumah batu. Ada atari. Ada kereta ber ekon. Gua malu dan rasa rendah diri. Tapi gua takde lah sampai memberontak lari dari rumah. Gua akhirnya sedar dan insaf, disebabkan bisnes bas sekolah tu lah gua boleh belajar sampai ke universiti. Gua dah mintak ampun ngan abah, tapi tak mention lah kenapa. Huuuu... aci? #kisah anak tak mengenang budi#
  8. Masa Form 5, gua tak layak bergraduasi. Sebabnya gua fail subjek komputer. Bila ambik repeat paper, dengan soalan yang sama, gua masih gagal. Atas budi bicara cikgu komputer gua, gua kena buat tugasan ekstra, "Cara menggunakan Wordstar 5" dalam bahasa Melayu. Akhirnya gua lulus bergraduasi, selepas gua berjaya yakinkan kawan gua untuk buatkan assignment tu. Dan siapa tahu, hari ni gua bekerja dengaan pekerjaan yang memerlukan komputer sepanjang masa #kisah tak disangka#
  9. Setakat hari ni, gua dah buat mak gua menangis 3 kali. Tu yang gua nampak/tahu. Rasanya lebih, tapi gua menten mintak ampun kat mak gua. Dosa woo buat mak nangis. Tapi yang 3 tuh, mungkin boleh dipertimbangkan sebagai kes khas. Mak menangis first time gua nampak, lepas dapat result SRP. Masa gua tunjuk slip keputusan kat mak, terus mak rangkul kepala gua cium pipi kiri kanan. Huuu... memang syahdu. Kali kedua, lepas gua dapat ijazah gua kat UUM. Gua pulak sedih tengok muka mak wa lepas nangis tuh. Huuu... Tapi kali ketiga, wa memang kena mintak ampun. Mak menangis sebab gua dapat slip Diraja, errr... slip polis diraja Malaysia. Gua dapat waran tangkap tak bayar saman! #kisah anak bertuah#
  10. Dalam adik-beradik gua, gua sorang je cecah masuk universiti. #kisah riak#
  11. Eh! Rasanya ada lagi sekali mak menangis. Masa raya tahun 2002. Kali pertama gua beraya kat kampung bini gua. Pagi raya gua call nak mintak ampun, tapi belum apa-apa mak dah nangis. Pastu abah gua pulak nangis. Pastu gua pun nangis!! Waaaaa.... #kisah anak perantauan#
  12. Bila dengar orang tak lulus ujian motor ngan JPJ, wa punya respon sama ada wa gelakkan, takpun gua tunjuk rasa simpati sambil minta mangsa untuk bersabar dan ambik semula test. Tapi, setakat ni takde sapa lagi tau, dan gua nak bagitau, gua dapat lesen motor lepas 3 kali test! #kisah rahsia tersingkap#
  13. Gua tak pernah bercouple sebelum gua jumpa awek seumur hidup sekarang nih. Kebanyakkannya gagal semasa tempoh probation, ataupun gagal serta merta pada peringkat mengayat lagi. Sebab tu gua sayang sangat sama bini gua skang nih, dia je yang sudi terima gua. Huuuu.. #kisah sadis bodek bini#
  14. Orang-orang yang terdekat dengan gua, kebanyakannya masih hidup. Jadi, impak bila menziarahi orang meninggal agak kurang, sebab kebanyakkannya tak kenal atau tak rapat. Cuma insaf bab amal ibadat je lah. Tapi, bila kawan opis gua meninggal tahun 2008, kesannya sampai sekarang gua rasa. Gua kenal arwah masa belajar, pastu gua pujuk arwah masuk kompeni wa kerja, cakap dia akan kerja sama gua satu team. Dia join, tapi sampai gua dah berenti cita-cita kami nak kerja satu team tak dapat. Lepas sebulan gua berenti, dia meninggal. #kisah sedih#
  15. Gua blur dengan tajuk cerpen indie kali ini. Ntah apa-apa. Sebab tu gua buat lain dari format yang dikehendaki, menunjukkan tentangan rakyat kepada pemerintah sekarang. Eh? #kisah pemberontakan#

Tammat.


Siri bacalah lagi;
1) Zalila - http://psittacula.wordpress.com/2011/06/17/dan-sebenarnya-ia-kisah-benar/
2) Gunx - http://gunx.blogspot.com/2011/06/kisah-benar-bukan-tv3-punya.html
3) pelita minya tanah : http://bit.ly/it59vA
4) hadi : http://bit.ly/mNHHvi





Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. kejap senyum, kejap syahdu.. konotasi yang bagus.

    ReplyDelete
  2. hooo..3 kali amik lesen motor baru pas? pasaipa jadi mcm tu?

    ReplyDelete
  3. makasih buk nono...

    puan kamilah.. tak tau la pasai apa.. masa tu takdak awek lagi kot.. takdak awek nak bagi kata semangat.. ehehehe!

    ReplyDelete