Temasya Sukan Tadika Amal 2011

Pagi di UIA

Minggu lepas kami ke UIA Gombak untuk hari sukan tadika anak-anak. Ini kali kedua kami join majlis sukan sekolah nih. Tahun lepas Kakak Hanim sorang je yang masuk, tahun ni tambah sorang lagi. Hanis pun masuk sama. Masing-masing dah excited. Tak habis-habis bercerita pasal latihan sukan.

Abah dia pun sama excited. Tak pasal-pasal dimintak jadi pegawai sukan. Sebagai bapa anti-sosial yang tegar, mulanya nak je tolak. Tambah-tambah lagi aku dijemput disebabkan ada sorang bapak ni dah tarik diri. Kiranya aku ni pengganti lah. Pilihan kedua lah nih. Apa kelas jadi pilihan kedua?

Ehehehehe! Ego semua tuh! Dunya semata-mata nak berlagak nih. Aku sebenarnya dah tak sabar nak tengok anak-anak bersukan, jadi bila dah ditawarkan jawatan pegawai sukan nih, aku pun ambik lah. Mana tau, budak-budak tu bertambah suka sebab abah dia terlibat sama. Mana tau jugak, disebabkan jasa baik berkhidmat pada sekolah, senang la nanti-nanti abah dia nak dapat projek.

Opppsss!

Ehehehehehe!

Kami sampai agak awal pagi tuh. Taklimat pegawai sukan pukul 7.45, tapi sampai pukul 8 tak mula lagi. Haih! Takpe lah tuh. Dah set takmo emo-emo, nak enjoy the event je. Tugas aku simple, bantu cikgu-cikgu arrange kan barang-barang, budak-budak untuk setiap acara. Kena pastikan semuanya dah teratur elok. Tak banyak masalah, sebab cikgu-cikgu dah susun semuanya siap-siap.


Keseluruhan perjalan acara sama je macam tahun lepas. Walaupun baik, tapi ada jugak yang perlu diperbaiki, terutamanya bab masa. Aku paling kesian masa sesi berkawad. Budak-budak dah beratur lama, untuk giliran setiap pasukan nak berkawad ambik masa yang lama. Kalau cuaca redup takpe. Ni panas dia lain macam. Aku pun macam terbakar kulit berdiri kat tengah padang. Pastu, tempoh masa nak menunggu pengumuman juara sukan kesuluruhan pun lambat sangat. Dah dua kali aku pegi, dua kali jugak lah aku tak tau sapa yang menang. Ibu bapa kebanyakkannya dah balik elok bila acara anak masing-masing dah habis. Kesian lah untuk acara yang hujung-hujung tu, stadium dah lengang. Patut dipikirkan jugak aktiviti selingan yang boleh buatkan stadium tu penuh dari awal sampai akhir.

Itu je lah yang aku nampak "cacat", yang lain-lain mungkin boleh pejam mata, sebab tak jadi isu besar.

Apapun, aku bangga dengan anak-anak. Hanis masuk acara cari gula-gula, bersaing secara individu sebab budak umur 4 tahun tak ramai. Dari lebih kurang 30 orang, adik dapat no 3! Hebat. Kakak pulak, setau aku dia masuk 1 acara. Tapi hari tu dia masuk sampai 4 acara. Cikgu kata, Hanim terpaksa gantikan budak yang tak datang. Dan dia antara budak yang laju berlari. Ahahahah! Caya lah kakak! Kita sama-sama jadik pengganti yang hebat!

Dah penat budak-budak bersukan, kami pulak masuk acara. Entah mana datang angin nak bersosial, aku dengan ummi nya masuk untuk acara ibu bapa. Aku masuk lari pas baton, ummi masuk acara isi air dalam botol. Boleh lah, walaupun "sayur". Ehehehe! Dahtuh, masuk pulak acara untuk pegawai sukan. Dapat lah towel sehelai. Eheeheh!

Pegawai Sukan yang bersukan
Isteri pegawai sukan yang turut bersukan

Apa pun, kami semua happy. Cuma tu lah, rasa terkilan dan kesian kat si sulung. Masa dia dulu, tak merasa pun semua-semua nih. Takpe lah abang Haris, ada lah nanti giliran abang pulak.

Kakak dengan 4 medalnya
Adik dapat no 3






Reactions

Post a Comment

0 Comments