Berbasikal di FRIM

Semalam kayuh basikal di FRIM. Cubaan pertama kali untuk laluan offroad. Basikal sudah memang daripada jenis offroad, tetapi setakat semalam memang kayuhan hanya di atas jalan berturap. Sungguh lah tak cemerlang!

Jadi dengan kawan-kawan seperkayuhan yang gagah perkasa, seawal jam 6.30 pagi kami sudah berkumpul di MRR2. Pukul 7.30 lebih kurang, kami sudah mula kayuh.

Pergh!!

Mengucap Mencungap mengayuh mendaki bukit. Kaki sudah macam tak boleh diluruskan, bila jalan menurun  tangga kaki bagai jelly. Longlai! Mencabar, tapi sangat awesome!

Ahad ini mahu mencuba lagi.

Dan yang paling seronok, sambil-sambil beraktiviti menyahlemak itu, pemandangan dalam FRIM sangat lah awesome. Ada kabus, pokok-pokok hijau, ada pula cahaya matahari celah-celah daun. Aduh!

Berbasikal di FRIM Berbasikal di FRIM Berbasikal di FRIM Berbasikal di FRIM Berbasikal di FRIM Berbasikal di FRIM





Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. cantik....
    nak masuk kene bayar bpe rm??

    or boleh masuk free?

    yg kat FRIM ni ke yang ade titian kanopi tu?

    ReplyDelete
  2. semua kena bayar..

    - kereta RM 4
    - basikal RM 2
    - satu kepala RM 1

    kami parking kat luar, start kayuh basikal dari luar..

    yee.. kat FRIM ni ada titian kanopi.. tu pun tak silap satu kepala RM 5..

    pening.. semua RM RM RM... :(

    ReplyDelete
  3. hehehehe...takpe..berbaloi kan...

    dapat exercise+tgk pemandangan indah lg...

    saye pernh p skali..mase tu lawatan sek..huhuhu

    naik titian kanopi...mase tu bwh lawatan..so x tau kene byr atau x..hihihi..mungkin cikgu dh bayar skali gus kot...


    by the way..tempat ni sgt2 cntik..=)

    ReplyDelete