Salahkah Lagu Raya Itu Berkumandang?

Hari ni dah masuk hari kelapanbelas umat Islam berpuasa. Ramadhan 1433H. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meraikan bulan mulia ini sekali lagi. Berpuasa bersama isteri dan anak-anak, berbuka dengan ayahanda dan bonda sememangnya nikmat yang paling tak boleh nak dikira-kira.

Tahun depan? Wallahualam.

Dan biasalah kalau berpuasa di Malaysia ni. Bila nak berpuasa, yang paling didahulukan ialah hari raya. Satu bulan ke depan. Pemikiran umat nya memang ke hadapan, terus ke bulan Syawal. Ramadhan masih belum disentuh, tapi sudah bercadang-cadang raya ke berapa nak buat open house. Hmmmm! Yang menaip ni pun tidaklah mengamalkan sikap berkecuali. Serupa juga, cumanya masih lagi di peringkat berpada-pada. :(

Tapi bukan itu yang mahu dibincangkan kali ini. Isunya pasal lagu raya. Ye, lagu raya berbahasa Melayu yang selalunya merayu-merayu, leleh tahap sendu. Berhiba-hiba nak menyambut raya. Tapi ada jugak yang rancak. Cerita pasal kuih, cerita pasal bunga api, cerita pasal duit raya. Memang asyik mashyuk. Lagi-lagi kalau lagu raya zaman P Ramlee, Saloma, Sharifah Aini dan juga Uji Rashid. Pergh!

Radio Lama


Selalunya media utama yakni radio, baru seminggu dah berdondang sayang dengan lagu raya. Ada jugak yang tunggu 2 minggu, ada yang 3 minggu. Tapi tetap, radio lah yang penyumbang utama. Dan "pesaing" utamanya, pasaraya. Pusat membeli-belah. Yang ini, rasanya belum puasa lagi dah pasang lagu raya!

Ye. Kalau ikut-ikutkan, agak melampau lah perbuatan mereka-mereka ini. Patutnya yang diraikan, bulan Ramadhan. Ni tidak. Tergedik-gedik nak pasang lagu raya. Puasa tak tentu lagi diterima, tapi dah nangis-nangis dengar lagu raya, sebab tiba-tiba rasa rindu nak balik kampung. Rasa rindu membuak-buak nak balik jumpa mak ngan ayah. Takpun, rasa marah sebab perbuatan meraikan Syawal lebih berleluasa dari sambutan Ramadhan.

Kan? Rasanya camtu lah "tindak balas" kebanyakkannya. Rasa marah pada radio, pasaraya sebab bersikap melampau ala militan yang menyebabkan hati meruntun pilu, geram dan marah. Rasa marah ni memang terserlah di mana-mana. Kalau zaman sekarang, di facebook lah.
"Melampau lah pasaraya Sovo tu, baru seminggu dah pasang lagu raya!" 
"Radio Panas FM hari ni dah keluar lagu raya! Baru 5 hari puasa. Agak-agak lah, dah tak sabar nak halau Ramadhan agaknya dorang ni!"

Amboi! Bukan main marahnya mereka-mereka itu. Betul lah itu. Memang "patut" marah. Sebab bila kita marah, baru lah kita seiring dengan pendapat majoriti. Sebagai manusia Islam yang mahu mendaulatkan agama, perkara-perkara macam gini harus ditentang!

Ye. Ada satu ketika, satu ketika yang sangat panjang, aku jugak sama seperti majoriti itu!

Tapi sebenarnya, kebanyakkan kita ini lupa. Selalu sangat lupa. Lupa yang kita lah manusia yang paling berkuasa untuk membuat pilihan. Percayalah. Setiap antara kita mampu untuk memilih. Kalau kita boleh mendengar siaran radio yang tak sensitif itu, kita jugak amat mampu dan berkuasa untuk bertukar ke siaran radio lain. Senang sangat solusinya, kan? Soalnya, apa yang kita pilih?

Dan pasaraya. Ah, kawan! Kau jangan menjadi sangat kejam. Kau mahukan pasaraya itu menyiarkan siaran tazkirah kah? Kau mahukan pasaraya-pasaraya yang dari tokey sampai ke peringkat pengurusannya yang bukan beragama Islam itu, supaya menjadi lebih sensitif. Oh! Kau naif. Naif yang daif. Lagi-lagi kau kata jangan lah dipasang lagu raya lagi, tapi kau diam tanpa kata-kata bila lagu Inggeris yang tak senonoh liriknya didendangkan. Lagu puja setan, lagu bunuh diri, lagu yang ehem ehem. Dalam bulan Ramadhan juga. Lagu-lagu Melayu yang rosak tatabahasa dan rojak itu tak apa kalau di pasang 365 hari sebulan! Tapi kau menjadi juara menyalahkan pasaraya itu kerana tak sensitif hanya kerana lagu raya dipasang hanya selepas 5 hari berpuasa.

Oh!

Kau mahukan perubahan. Aku jugak, kawan. Bukan tak ada kemungkinan itu, ada. Memang ada. Kalau ada usahanya, kita usahakan. Tapi, tolonglah. Jangan lah kau hanya tau menunding jari, kawan. Bila kau mahu berbicara, biarlah ada asasnya. Biarlah berpaksi dengan alam realiti. Bukan alam idaman.

Apa yang sebenarnya kita marahkan? Salah radio kah? Salah pasaraya kah? Pikir lah balik. Kawan, salahkah lagu raya itu berkumandang? Atau yang sebenarnya kita yang salah mendengar?

Tak ada "salahnya" lagu raya itu. Kau tau, dalam tempoh seminggu lagi ada antara yang menentang ni yang sibuk-sibuk nak dengar raya. Katanya nak ambik "mood" raya. Mood kah? Bukan nak menghalau Ramadhan dah?

Siapa yang patut kena marah kalau macam gini?



Disklemer;
entri ini tidak sama sekali membincangkan tentang hukum-hakam pasang lagu raya, hukum dengar lagu raya sebab aku bukan orang yang layak. hanya membincangkan isu sikap dan lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.












Reactions

Post a Comment

0 Comments