Seyam suyi

Baru perasan.

Di balik pintu ada tertampal nota. Nota yang berbaur amaran. Gaya tulisan dan ejaan, sudah tahu hasil karya siapa.

Kak Su prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling. Undang-undang rumah sudah diperketatkan. Tidak boleh lagi hingar-bingar bersuka-ria seperti selalu.

Sebab sudah ada baby Hafiz.

Jadi, kalau mahu masuk rumah (khas untuk sepupu-sepupu), tidak boleh bising-bising.

Mesti "seyam suyi".

Hihhihihi!

Senyap sunyi lah.

Nota di balik pintu
"Kalau nak masuk boleh, tapi siape yang masuk tu kene seyam suyi"






Reactions

Post a Comment

0 Comments