Kapsul Nurani | Promosi


Akhirnya, sudah selamat dicetak dan kini bakal bertemu dengan dunia.

Kau tahu kawan, rasa berdebar menunggu kelahirannya sama sekali tidak dapat dibandingkan, apatah lagi mengatasi, seperti menunggu kelahiran zuriat aku yang empat itu.

Kelahiran ini, debarnya lain.

Aku ini, mencuba untuk berkongsi rasa dan cerita. Entah menarik, entah berguna. Kau saja yang mampu mendefinisikannya, sahabat. Ada 50 cerita pelbagai peristiwa, ada 50 jiwa mahu kau membaca.

Ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014. Di PWTC. Di ruang pameran Green Dome Publications Sdn Bhd (L060 - L062) dan Arah Pendidikan Sdn Bhd (3096).

Sekiranya mahu, aku sendiri boleh menjualnya. Terhad kepada 15 buku sahaja. Dan ada tawaran harga istimewa. Marilah.





Reactions

Post a Comment

0 Comments