Ini kucing.
Entah sejak bila beliau mula berimigrasi ke teratak kami. Tiba-tiba. Mulanya kami sangka hanya sehari-dua. Rupa-rupanya beliau sudah mendapatkan hak kerakyatan, sebagai penduduk tetap.
Dasar PATI!
Kau tahu apa itu PATI? Pendatang Asing Tanpa Izin.
Tapi sebagai rakyat Malaysia yang marhaen, rasa simpati tetap melimpah ruah. Makan tetap dijamu. Organ dalaman ayam belian di pasar, kini dibawa pulang. Direbus, untuk santapan si PATI.
Tapi PATI tetap PATI.
Sudah diberi kebenaran untuk bermastautin, sudah diberi makan, tetap keras hatinya untuk meninggalkan "tokai" di laman rumah. Kalau terserempak, nasib lah kau dibaling dengan apa yang tercapai.
Namun, apa lah daya hati untuk menahan rasa ehsan.
Kini, PATI bukan sekadar PATI. PATI sudah diberi nama. Kerana jantinanya, nama yang lebih feminin dipilih.
PATImah.
0 Comments