4 Perkara Tentang Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands

Tiga kali ke Cameron Highland, tiga kali juga kami ke kebun Big Red Strawberry Farm di atas bukit ini. Terletak di Berinchang (berhampiran dengan kawasan pasar malam), dan jalan untuk ke tempat ini agak terlindung. Kalau tidak dibawa ipar, tak mungkin kami sampai.

Iya lah. Jalan masuknya di belakang rumah orang!

Tapi berbaloi.

Baik. Biar saya kongsikan 4 perkara tentang Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands yang perlu anda tahu.



#1 Petik Buah Strawberi

Di sini tempat kami memetik strawberi buat kali yang pertama. Mengujakan, kerana strawberi sudah menjadi ikon untuk Cameron Highlands. Harus hati-hati, takut nanti bakul strawberi melimpah-ruah, isi dompet juga seiring menipis selepas membayar harga berdasarkan timbangan. Ehehehe!

Oh ya! Hanya dua orang (untuk setiap bakul) yang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Jadi, terpaksalah tunggu giliran kalau ramai.


Big Red Strawberry Farm, Cameron HighlandsMemetik buah di Big Red Strawberry Farm, Cameron HighlandsAnak-anak memetik buah di Big Red Strawberry Farm, Cameron HighlandsHafiz di Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands 2018


#2 Kaktus, Bunga dan Sayuran

Selain kebun strawberi, ada juga pelbagai tanaman pokok bunga yang pelbagai warna. Memang menggiurkan, rasa mahu diangkut semuanya disumbat ke dalam kereta. Mujur masih sedar diri. Hanya pokok renek kaktus mini sebagai pengganti. Pelbagai saiz, pelbagai bentuk.

Pokok kaktus di Big Red Strawberry Farm


#3 Bergambar 

Ada satu bahagian di sini yang menarik perhatian. Bagi mata seorang fotografer (konon). Dinding bata yang dicat merah, dihiasai dengan pokok bunga berwarna-warni, memang sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang. Kali pertama, kami tak perasan. Kali kedua dan ketiga, jadi lokasi tetap untuk kami bergaya sekeluarga.

Geng Anak Dara
Kakak Hanim
Kakak Hanis
Ummi, Abah dan Hafiz
Abang Haris
Geng Bujang
Sepupu


#4 Makan

Dan penutup aktiviti (atau pembuka), acara makan-makan.Tidak ada nasi paprik, nasi pattaya, nasi daging merah, mee bandung atau seumpamanya. Sediakan tekak untuk makanan yang agak kebaratan, dan hampir kesemuanya berasaskan strawberi. Yang menjadi pilihan kami sekeluarga; kentang goreng (panas), Wafle Aiskrim, Aiskrim Goreng dan yang terbaru, strawberi cicah coklat.

Makan di Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands
Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands



Big Red Strawberry Farm sudah masuk dalam senarai "mesti pergi" kami kalau ke Cameron Highland. Kalau ada kad keahlian, kami sedia!


Nota kaki;
  1. Pastikan kenderaan dalam keadaan terbaik. Mendaki agak tinggi, menurun agak curam. Hati-hati terutamanya ketika hujan.
  2. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.








Reactions

Post a Comment

0 Comments