Bergambar Sakan Di Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands

Selain strawberi, ladang teh juga menjadi tarikan utama di Cameron Highland. Dikatakan ladang teh di Cameron Highland adalah yang terbesar di Malaysia. Tidak pasti di mana lagi ada ladang teh, selain Sabah. Ada dua pengusaha utama teh di Cameron Highland ini; Bharat Group dan juga BOH.

Cameron Valley Tea House ini milik Bharat Group. Tahun 2011, kami ada ke sini tetapi waktu itu hari hujan. Rempuh juga rintik air, untuk bergambar.

Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands

Kami ke sana lagi baru-baru ini, kerana Umi yang beria hendak ke sana. Katanya, mahu makan kek cheese. Tapi sudahnya, kami kenyang bergambar. Sudah singgah makan di Tanah Rata, mana lagi ada celah yang boleh diisi dalam perut. Eheh!

Pengajaran; makan biar kenyang sebelum ke sesuatu tempat. Sudah kenyang, "semangat" mahu membeli juga terbenam. :)

Kali ini cuaca cerah. Baru lah puas mahu bergambar. Macam-macam gaya.

Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands
Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands

Tea House ini terletak betul-betul di laluan utama dari Tanah Rata ke Ringlet. Kurang pasti berapa jauh. Dari bandar Tanah Rata, perlu menyelusuri jalan yang berbelok-belok (acara melenggang perut katanya) menghala ke Ringlet (juga Tapah). Perlu berhati-hati dan kurangkan kelajuan. Ada ruang meletak kereta yang tersedia dan percuma. Kedai menjual cenderamata dan juga produk Bharat Tea sederet dengan kafenya. Mahu bersantai sambil menikmati pemandangan yang luas mata memandang, ini lah tempatnya. Dari kafe, ada jalan kecil menuju ke ladang teh. Sekali lagi, perlu hati-hati kerana tangganya licin dan agak curam.

Bagi kami, kami lebih menggemari tempat ini berbanding dengan Ladang Teh Sungai Palas. Mungkin faktor akses yang mudah dan pemandangan yang tidak kurang kalahnya dengan Sungai Palas.

Pilih.

Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands

Reactions

Post a Comment

0 Comments