Rambang Mata Di Kea Farm, Cameron Highlands

Sememangnya Kea Farm antara yang menjadi tumpuan utama di Cameron Highland. Pelbagai jenis jualan (seperti yang dinyatakan di bawah) boleh diperolehi di sini. Harganya agak murah, jika dibandingkan dengan harga jualan di pasar malam Berinchang. Jadi, jika tertinggal atau terlepas untuk ke pasar malam, masih boleh singgah di Kea Farm mencari buah tangan untuk dibawa pulang.

Perlu banyak berhati-hati di sini, terutamanya ketika memandu. Bukan sedikit yang terlibat dengan kemalangan. Seeloknya parkirkan kenderaan anda di tempat yang disediakan. Bayaran sebanyak RM3 dikenakan. Ruang parkirnya terletak di bahagian bawah bukit, jadi pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang terbaik. Yang tidak larat untuk turun naik bukit (tiada tangga / lift disediakan), elok lah turun terlebih dahulu di kawasan pasar.

Bersabarlah dengan perangai rakyat Malaysia yang pemalas dan mementingkan diri sendiri. Walaupun ada tanda larangan meletakkan kereta di bahu jalan, ada pula polis trafik yang mengeluarkan saman, perangai tak berperikemanusiaan masih tetap utuh. Orang-orang ini hanya mahu menyenangkan diri sendiri, tanpa menghiraukan keselamatan dan keselesaan orang lain.

Kalau aku punya kuasa, aku tolakkan saja kereta-kereta degil ini masuk terus ke dalam gaung!

Kami sudah tetapkan apa yang mahu dicari. Sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran yang pelbagai dijual dengan harga RM1 sebungkus. Bunyi seperti murah, tetapi kalau rajin ke pasar malam atau pasar tani di Kuala Lumpur, harga sebegitu biasa sahaja. :) Kami beli dengan harapan, sayur itu segar. Itu sahaja.


Menurut carian di Google;
Kea Farm is an agricultural district in Cameron Highlands, located 3km north of Brinchang town or 3km before Tringkap. Its central feature is a vegetable market along the main road - a popular shopping destination for visitors on weekends. Perched on a plateau next to Copthorne Hotel (formerly Equatorial Resort), traders and farmers sell the best of their crops and goods here from morning till evening, including greens, corn, strawberries, flowers, souvenirs, honey and more. As the market nears closing time, look for great bargains on perishable stock. Some tourist attractions that lie within the vicinity include Rose Center, Ee Feng Gu and Butterfly Garden.

Sumber; http://www.cameronhighland.net/kea-farm.htm


Rambang Mata Di Kea Farm, Cameron Highlands
Rambang Mata Di Kea Farm, Cameron Highlands
Rambang Mata Di Kea Farm, Cameron Highlands
Rambang Mata Di Kea Farm, Cameron Highlands
Rambang Mata Di Kea Farm, Cameron Highlands


Setelah berulang kali ke Cameron Highlands, aku rasakan lebih berbaloi jika membeli di Pasar Malam Berinchang sahaja. Pilihan barang yang lebih pelbagai, dan harga yang tidak banyak beza (malahan ada yang lebih murah di pasar malam).

Terpulang kepada pilihan masing-masing.









Reactions

Post a Comment

0 Comments