Sudah tiga kali ke Cameron Highlands, sudah tiga kali juga lah kami menginap di Taman Sedia. Chalet yang berbeza, tetapi masih dalam kawasan Taman Sedia. Satu-satunya kawasan perkampungan Melayu di atas gunung sejuk ini. Saya kongsikan tiga pilihan homestay Cameron Highland Taman Sedia yang menarik untuk diinapi.
Pertama kali ke Cameron Highland, semuanya diuruskan adik ipar. Terus jatuh hati dengan kawasan ini. Mungkin kerana suasana kampungnya yang segar. Kali kedua dan ketiga, Taman Sedia terus menjadi pilihan utama.
Nyaman.
ASZI Chalet, Taman Sedia
ASZI Chalet menjadi pilihan kami antara ketiga-tiga homestay yang ada. Oleh kerana kami pergi hanya sekeluarga (enam beranak), kami memilih bilik dengan dua katil queen. Hasil carian di internet, ASZI Chalet menepati pilihan sebagai tempat penginapan kami.
Berbaloi! Tidak sampai 5 minit kami menjejak kaki ke dalam bilik, sang isteri sudah teruja.
"Macam hotel!"
"Lepas ni, kalau datang lagi kita tidur sini je!"
Sememangnya bilik ini bersih, dan binaannya kemas. Mungkin faktor rumah ini masih baru yang menjadikannya kelihatan cantik teratur. Dan usaha tuan chalet yang rajin mengemas dan menata rias, lebih memainkan peranan yang penting.
Bangunan ini dua tingkat, di bahagian bawah ialah rumah tuan chalet. Di tingkat atas, ada 3 bilik (sama besar) untuk disewakan. Ada juga sebuah rumah (bersebelahan) untuk disewakan. Harganya kurang pasti, boleh bertanya terus dengan tuan punya chalet (no telefon di bawah).
Walaupun chalet ini terletak di kawasan Taman Sedia, untuk masuk ke kawasan rumah ini perlu terus dari persimpangan jalan utama. Hanya ada satu jalan ke mari dan jalan ini juga tamat di laman ASZI Chalet. Untuk berjalan-jalan ke Taman Sedia, ada tangga disediakan kerana kedudukan chalet ini agak tinggi. Untuk meletakkan kereta, tidak ada masalah kerana banyak ruang yang disediakan. Di belakang chalet, ada kebun juga seperti di Aiza Chalet, cuma kurang pasti sama ada boleh atau tidak masuk ke kawasan kebun.
Oh ya! WIFI disediakan. :)
Dan bagi mereka yang kalis sejuk, ASZI Chalet menyediakan kipas angin!
Buat masa ini, chalet ini menjadi pilihan utama kami!
Ini pula peta ke ASZI Chalet dari simpang utama Kampung Taman Sedia.
White Rose Homestay (WRH)
Kami menginap di sini pada penghujung 2011. Berkongsi rumah dengan tiga keluarga ipar duai, masih terasa selesa. Cuma kedudukan homestay ini agak terpencil, di kawasan hujung Taman Sedia (menghala ke Tanah Rata). Rumah dua tingkat ini sememangnya luas, dan kedudukannya agak tinggi. Ketika kami ke sini, ruang meletak kereta agak terhad. Agak sukar juga kalau mahu keluar kerana ruangannya agak sempit.Keseluruhannya, baik. Masalah kecil seperti tahi kucing di depan pintu, lambat laun boleh juga memudaratkan. Nasib baik tidak merebak ke dalam rumah. Shower heater juga "kurang mesra". Rasanya ini masalah sejagat, mana-mana homestay yang kami inap menghadapi masalah yang sama. Mungkin empunya homestay sudah patut mengambil kira membuat pelaburan lebih besar dengan masalah water heater ini.
Harga semalam (pada Disember 2011); RM300
Peta ke WRC dari simpang utama Kampung Taman Sedia.
Aiza Chalet (AC)
Kami menginap di sini sekitar Oktober 2012. Aiza Chalet terletak yang paling hujung, selorong dengan Ros Chalet / surau Taman Sedia. Suasana sini lebih meriah, mungkin disebabkan sekelilingnya juga penuh dengan homestay/chalet.Rumah ini masih mengekalkan binaan kayunya. Di tepi rumah disediakan pula chalet berupa bilik pelbagai pilihan. Untuk rumah 3 bilik, kami rasakan ianya agak kecil. Mungkin disebabkan struktur binaannya. Ruang tamu dan tiga buah bilik di tingkat atas, dan 2 bilik air terletak di bawah bersama dapur. Terdapat ruang rehat di kawasan luar, disediakan juga meja makan.
Yang mengujakan di sini, di belakang rumahnya ada kebun! Puas kami anak-beranak bergambar. Bersebelahan rumah ini pula ada anak sungai, dan ada jambatan gantung untuk ke seberang. Kalau yang suka berfotografi, ini lah tempatnya!
Dan jika berjalan kaki menuju ke surau Taman Sedia, ada juga kebun-kebun kecil yang diusahakan. Buah strawberi juga ada. Ada juga jualan makanan di situ. Sekadar untuk mengalas perut, sudah memadai. Malam, kurang pasti.
Harga semalam (pada Oktober 2012); RM350
Telefon; +6019 756 0991 / +6019 757 0991
Peta ke Aiza Chalet dari simpang utama Kampung Taman Sedia
Jadi, kenapa Taman Sedia?
- Suasana kampung. Aman. Nyaman. Tenteram.
- Parking yang mudah. Depan rumah.
- Jauh dari bandar? Tanya balik, kenapa perlu dekat dengan bandar? Kalau ada hal sekalipun, ada kenderaan. Lain lah kalau gunakan pengangkutan awam. Taman Sedia ke Berincang, kurang 5km, Taman Sedia ke Tanah Rata, kurang 3km.
- Jauh dari pasar malam? Rujuk perkara no 3.
Pilih.
3 Comments
Nak pergi Cameron Highland sekarang ni pun macam duk kt KL. Kekeke..
ReplyDeleteYa. Makin sesak. Kami ke sana pun dah tak pilih waktu cuti sekolah. Itupun masih ramai.
DeleteBestnya :) nak google lagi gambar pasal aszi chalet lah.
ReplyDelete