Sumber gambar; http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3821 |
Ulu Yam Di Liverpool 2 oleh Nazali Noor
Nilaian: 4 daripada 5 bintang
Baik. Habis membaca buku ini dalam tempoh kurang dari 24 jam! Pencapaian terbaik buat masa ini.
Kenapa? Kenapa begitu teruja?
Pertama, kerana buku yang pertama sudah menginspirasi. Jadi sangat teruja bila buku yang kedua sudah berada dalam genggaman. Mahu tahu lanjutan kisah "orang ulu" ini.
Kedua, pembahagian topik yang "mesra alam". Aku suka bila setiap tajuk (dalam setiap bab) hanya memerlukan empat muka surat yang paling maksima.
Ok.
Penceritaan kali ini ada juga ulangan UYDL 1, tetapi mungkin lebih terperinci. Kisah tikam belakang, "budaya melayu" itu sangat menjengkelkan. Payah betul orang kita mahu bersatu. Meluat.
Dugaan dan "survival" Puan Ain sangat memberikan kesan. Kasih sayang Tuan Nazali dengan anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan diluah tanpa segan, tanpa sempadan. Keluar dari "norma" orang Melayu. Bukan perkara buruk, malah patut dicontohi. Doakan aku ada kekuatan untuk membudayakan kemesraan ini dalam keluarga!
Oh! Ada "cela"nya juga buku UYDL 2 ini. Maaf ya tuan, saya tidak tahu pun buku ini adalah catatan blog. Dalam UYDL 1 saya sudah mengagak, tapi masih kurang pasti. Bila membaca UYDL 2, sudah terang lagi bersuluh. Jadi, apa celanya? Ehehehe!
Ada entri yang mahu menceritakan perihal gambar, tetapi gambarnya tiada. Ada pula entri menyediakan pautan, tapi siapalah yang rajin untuk menaip semula? Belum dikira lagi faktor rabun. Mungkin tuan boleh mengambilkira penggunaan "QR barcode", sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kesilapan menaip. Kalau cara sekarang, satu huruf yang salah, habis kena teliti semua satu persatu!
Itu sahaja.
Saya tunggu The Movienya, atau UYDL3, atau Anak-anak Abah (AAA). Yang mana-manalah, saya pasti beli!
Teruskan menginspirasi, tuan!
Ulasan buku yang lain
0 Comments