Dari Air India ke Meru Cab

Aku jarang sekali menggunakan perkhidmatan kapal terbang selain daripada MAS dan Air Asia. Semasa ke Mekah awal tahun 2012, kami menaiki Saudi Air. Selesa, dan yang paling aku ingat ialah jus mangganya.

Sedap.

Ini kali kedua aku menggunakan perkhidmatan udara bukan milik Malaysia. Air India. Hasil carian tiket di internet, aku memilih perkhidmatan ini kerana ulasan-ulasan yang boleh diyakini. Dan sememangnya berbaloi. Kapal terbang ini luas, tempat duduknya selesa dan bersih. Macam ini, berbelanja lebih sikit pun tak apa.

Perjalanan dua jam ditemani anak-anak kapal yang sudah lanjut usia. Eheh! Maksud aku, mereka ini bukan lah yang ranggi seperti anak kapal Air Asia itu. Tak keterlaluan kalau aku katakan mereka ini seperti "tanter-tanter" dan "om-om" sahaja.

Hihihihi!

Oh! Garang juga. Jangan buat main.

Perjalanan dua jam ini dihidangkan dengan makan tengah hari. Ada dua pilihan, dan aku tidak ingat pilihan kedua sesudah aku mendengar perkataan "vegie". Ya. Aku memilih menjadi seorang vegetarian di atas bumi India. Al maklum, kena berhati-hati juga dengan apa yang hendak dimakan.

Halalan toyyiban.

Cuma aku agak musykil dengan hidangan yang diberi. Cuba jugalah beramah mesra dengan jiran di kerusi sebelah. Lagak gaya beliau seperti orang korporat. Mungkin mahu ke Delhi atas urusan kerja. Bagus lah. Senang mahu berkomunikasi.

"Excuse me, sir"

Dia menoleh. Surat khabar dibacanya masih digenggam erat. Matanya mengintai dari balik cermin mata yang diturunkan sedikit.

Tiada senyum. Serius.

Telan air liur. Mesti berani.

"May I know what is this made from?"

Sesi berkenalan dengan makanan bermula.

Dia masih memandang. Masih dengan tenungan tidak mesra alam. Dijelingnya pada makanan di depan aku.

"Some kind of nuts"

Jawap dia pendek. Tidak ada tanda dia mahu meneruskan perbualan.

Ok. Gaya badan itu. Faham.

"Thank you, sir"

Amboi! Menyombongnya.

Sentap. Makan. Tidur tenung luar tingkap. Layan diri. Menyampah!

Air India
Sumber; Flickr


Indira Gandhi International Airport

Lepas dua jam melayan perasaan, akhirnya kapal terbang mendarat di Delhi. Alhamdulillah. Lapangan terbang ini baru selesai diubahsuai (atau lapangan terbang baru, kurang pasti), jadi di sini lebih selesa berbanding di Chennai. Aku dengan segalas beg, terus sahaja mencari apa yang patut dicari.

Simcard.

Mudah sahaja. Sudah dipesan awal-awal oleh Syah, keluar sahaja dari tempat mengambil beg, ada banyak kaunter menjual simcard telefon. Lupa pula apa namanya. Prosesnya mudah, daftarkan dengan menggunakan paspot. Selesai berurusniaga, nombor pertama yang didail ialah nombor kekasih hati.

Mere pyar. Mere jan. Mere mohabbat.

Dan rasanya seperti mahu menari kegembiraan apabila mendengar suara kekasih jiwa di hujung talian. Eheh! Mahunya tidak, setelah berkelana seorang diri entah di mana, dapat pula berkomunikasi dengan insan tersayang. Ada rasa lega.

#memangover

Syah katanya dalam perjalanan ke Qutb Minar. Jadi cadangnya, elok aku pergi terus ke hotel. Aku bantah, mana mungkin sayangku. Qutb Minar sudah ada dalam senarai mesti pergi kekandamu, jadi tidak mungkin aku mahu lepaskan peluang. Aku katakan kepada Syah, tunggu sahaja hero kacakmu tiba di Qutb Minar.

Aku terus mencari teksi untuk ke Qutb Minar. Atas cadangan seorang sahabat, aku memilih perkhidmatan Meru Cab. Kata beliau, perkhidmatan teksi ini mempunya reputasi yang baik. Tidak ada bayaran ekstra, tidak ada drama swasta. Bayar hanya yang seperti tertera pada papan meter.

#sahabattuvendorasalindia

Merucabs


Perjalanan dari lapangan terbang Indira Gandhi ke Qutb Minar menempuh laluan lebuh raya yang sesak. Sekitar lapangan terbang, jalannya masih baik. Beberapa kilometer menjauh, sudah mula bergegar di sana sini. Jalannya banyak yang rosak teruk. Sedikit sebanyak, ini mengingatkan aku kota Jakarta.

Aku cuba berbual-bual dengan pemandu teksi. Agak ramah, walaupun bahasa Inggerisnya agak terhad. Yang mana boleh diborakkan, kami bersembang. Yang mudah-mudah sahaja. Tentang Shahrukh Khan, misalnya. Ehehehe! Sempat juga mengambil gambar dari dalam teksi. Seronok melihat watak-watak di jalanan Delhi.

Dari Air India ke Meru Cab
Dari Air India ke Meru Cab
Dari Air India ke Meru Cab
Dari Air India ke Meru Cab
Dari Air India ke Meru Cab

Dari jauh, sudah nampak kelibat Qutb Minar. Hati berdebar. Seketika nanti mahu ketemu pujaan kalbu.

#pengaruhhindustan










Reactions

Post a Comment

0 Comments