Semalam ke MPH. Memang entah apa lah punya perangai. Asal ke kedai buku, hati jadi sangat pemurah.
Habis juga RM60++.
Buku komik anak-anak. Buku untuk bapaknya satu.
Usai memilih, merayap juga ke rak-rak novel. Sudah dikenalpasti yang mana yang akan dibeli kemudian hari. Agak terhad.
Dan kepala sedikit tergeleng melihat tajuk-tajuk novel yang hangat di pasaran.
Macam ini pun boleh?
Jangan marah ya, kepada peminat novel popular. Yang aku mahu tekankan di sini ialah pilihan bacaan kita. Seperti filem-filem dan drama-drama tempatan, aku jadi risau dengan kerakusan memilih untuk memaparkan keindahan yang kosong. Khayal dengan dunia rekaan yang sangat mewah. Lari daripada realiti.
Sudah lah peratusan yang membaca agak kurang, bahan bacaan yang dibaca pula.. aduh!
0 Comments