Dikurniakan Maha Pencipta dengan nikmat untuk mengecap usia 37 tahun. Masih terlalu banyak lompongnya. Masih terlalu banyak kelalaian dengan godaan duniawi. Masih boleh dikira amal ibadat yang terlaksana, entah diterima atau sia-sia.
Tetapi tetap DIA memberi izin untuk hidup lagi di bumi ini.
Ampunkan aku. Ampunkan dosaku.
Jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik, wahai Allah yang Maha Mengasihani.
***
Pagi ini, seperti tahun-tahun sebelumnya. Hari jadi disambut sederhana tetapi meriah. Tidak ada jamuan khusus, tidak ada hadiah yang berbungkus. Masih seperti hari biasa.
Sudah biasa. Tidak ada keraian. Kalau ada sekalipun, tertunda.
Eheh!
Hanya ucapan dan doa daripada yang tersayang.
Tahun ini, kakak Hanim ada siapkan kad.
Entah kad hari jadi atau kad hari raya, terima sahaja lah seadanya.
Terima kasih kakak Hanim.
ME? |
Abah kah itu?
Ehehehe!
0 Comments