[Ulasan Buku] Secangkir Teh Pengubat Letih Oleh Hasrizal Abdul Jamil

Secangkir Teh Pengubat Letih oleh Hasrizal Abdul Jamil
Nilaian: 5/5 bintang
Terbitan: Galeri Ilmu
Tarikh terbit: 2010
ISBN13: 9789830972381
Bahasa: Malay

******

Pertama sekali, mahu mengutuk kelekaan diri yang hanya membaca buku "popular". Buku STPL ini sudah lama saya beli, barangkali sudah berusia dua tahun lebih tersadai di rak buku. Mujur tidak reput. Dan entah kenapa pula tergerak hati memilih buku ini untuk dibaca, Wallahualam.

Saya terus jatuh cinta dengan buku ini.

Kerana Turki!

Buku Ustaz Hasrizal (UH) yang telah saya khatam baca sebelum ini ialah Rindu Bau Pohon Tin. Jauh juga jarak bacaannya dengan buku ini. Kedua-duanya bersifat kembara. Kembara ilmu. Kembara secara fizikal dan spritual. Kembara yang mendorong untuk mengenal diri dengan lebih mendalam. Kembara untuk mengetahui apa yang berlaku dahulu untuk memahami apa yang terjadi sekarang.

Saya cemburu dengan peluang yang direbut oleh UH ketika usianya masih remaja. Jarak umur beliau dengan saya hanya berbeza dua tahun, tapi pengalaman hidup yang dikecapi beliau sangat mengujakan. Cerita kembaranya di Turki, menjalinkan silaturrahim dengan begitu spontan dengan orang-orang Turki yang ramah, membuatkan semangat saya mahu ke Turki semakin membuak-buak.

Sememangnya Turki, Austria dan juga Bosnia adalah negara-negara yang paling atas dalam senarai "wishlist" saya. Cuma bezanya kali ini, selepas membaca buku STPL ini, untuk Turki saya mahu ke semua ceruk negerinya. Gara-gara cerita UH, setiap kali beliau menyatakan nama tempat yang dilawati, saya akan terus meng"google" tempatnya.

Saya betul-betul rindu dengan Turki.

Insya-allah. Kuatkan azam dan tekad mahu ke sana.

Maaf, saya tidak mengulas buku ini dengan lebih lanjut. Hati menjadi emosi dengan cerita-cerita Turki. Sehinggakan saya memuatnaik status di Goole+;

At this very moment, I am so determined that one day, I shall visit Turkey and explore the whole country from east to west, from north to south. I dont know why, but I just love Turkey.

Saya mahu ke Turki. Ada yang mahu turut serta? UH sendiri barangkali? 

Secangkir Teh Pengubat Letih  Oleh Hasrizal Abdul Jamil

#sharulmembaca
#malaysiamembaca







Reactions

Post a Comment

0 Comments