[Ulasan Buku] Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu Oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu oleh Hasrizal Abdul Jamil
Nilaian: 4/5 bintang
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh terbit: 2012
ISBN13: 9789830973555
Bahasa: Malay

******

Oleh kerana perasaan "gembira tak terkata" masih ada selepas membaca Secangkir Teh Pengubat Letih, aku teruskan pembacaan dengan buku Ustaz Hasrizal yang ini.

Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu.

Kali ini kisah UH di bumi Belfast, Ireland menjalankan tugas sebagai Imam dan juga Pengetua Sekolah. Pada umur yang agak muda, sudah menggenggam amanah yang sangat tinggi. Kerdil betul rasa diri. Pelbagai dugaan dan cabaran, seperti menjawab "persoalan" pihak-pihak tertentu yang mengatakan UH hanya menempuh jalan berlapikkan permaidani merah yang empuk untuk menggapai kejayaan hari ini.

Bacalah. Baru kau tahu rasanya.

Dan yang memikat hati kali ini, cerita-cerita tingkah laku manusia yang beragama Islam, tetapi berbudaya jahiliyah. Ragam yang menyebalkan jiwa. Juga kisah-kisah indah pertemuan semula jalan yang satu oleh para "reverts".

Sebenarnya, kita boleh menjadi LEBIH ISLAM di negara yang kurang orang Islamnya. Sebaliknya, tanpa iman dan nekad, kita boleh menjadi LEBIH KAFIR di negara yang umat Islamnya majoriti. Tepuk dada, tanya Iman. Semoga kita semua kekal mendapat hidayah-Nya di mana sekalipun kita berada.

Oh! Selepas beberapa tajuk dibaca, baru perasan kebanyakkan entri ini sudahpun dibaca di laman web saifulislam.com. Eheh! 

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu  Oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

#sharulmembaca
#malaysiamembaca







Reactions

Post a Comment

0 Comments