Entah. Mungkin aku yang memang penyanjung budaya Melayu lama, menjadi teruja bila menjejak kaki ke sini. Mahu juga dikenalkan kepada anak-anak. Biar jangan menjadi katak di bawah tempurung. Biar kenal dengan budaya dan kehebatan bangsa sendiri.
Kami tiba ketika matahari sudahpun meninggi. Sebelum melangkah masuk, perut minta diisi. Aku sudah ingat-ingat lupa keadaan di sini, jadi pemandangan dan keadaannya semua kelihatan baru. Kami ke ruang makan dan memesan nasi ayam sebagai juadah tengah hari.
Sedap juga.
Rumah Melaka
Harga Tiket Mini Malaysia
Harga tiket Mini Malaysia (RM60.80) untuk 2 dewasa, 4 kanak-kanak
Tak sangka pula harga tiketnya yang agak mahal. RM16.90 untuk dewasa, RM9
untuk kanak-kanak. Mahu marah pun tak guna. Pejam mata, hulurkan saja
keping-keping ringgit yang tersisa. Kami dimaklumkan bahagian Mini Asean dalam
proses baikpulih, jadi harga tiket ini sudahpun ditolak daripada harga ke Mini
Asean.
Kalau ada, entah berapa pula harganya.
Sebelum memulakan perjalanan, ada pula jurukamera yang mahu memfotokan gambar kami sekeluarga. Ayat-ayat memujuk seperti selalu, "taknak beli tak apa" menjadi kata-kata kempen yang biasa. Kami pun bergaya mengikut arahan, sekadar mahu mengambil hati adik jurukamera yang sudah berpeluh kepanasan "menunggu mangsa" entah sejak bila.
Kami mulakan dengan rumah yng pertama di sebelah kanan, Rumah Perlis. Anak-anak agak takut-takut mahu naik. Aku pun. Seperti rumah tinggal. Seram juga. Ehehe! Tapi, buat juga berani-berani sebab yang beria-ia mahu ke sini, aku lah!
Dan hanya dalam beberapa minit, putera bongsu kami melaksanakan tugasnya yang hakiki.
Ook-ook.
Alahai!
Terpaksalah turun dan patah semula ke pintu masuk untuk ke tandas. Mujur belum jauh.
Selesai berurusan, kami meneruskan perjalananan. Kali ini kami terus sahaja ke bahagian kiri taman, kerana tandas terletak di situ.
Jom kita ronda!

Rumah Sarawak
Rumah Sabah
Rumah Pahang
Rumah Kelantan
Rumah Johor
Rumah Negeri Sembilan
Rumah Selangor
Rumah Perak
Rumah Kedah
Rumah Pulau Pinang
Rumah Perlis
Puas?
Sebenarnya agak mendukacitakan. Kebanyakkan keadaan rumah di Mini Malaysia ini dalam keadaan yang tidak baik. Dinding dan lantai ada yang sudah berlubang. Mujur tidak ada yang membahayakan (tidak kami temui). Suasananya suram, sehinggakan anak-anak kami jadi takut untuk masuk selagi abahnya belum menjejak kaki ke dalam rumah. Malah, ada rumah yang ditutup terus tanpa ada sebab. Ini sememangnya mengecewakan kerana Mini Malaysia ini seharusnya berfungsi sebagai one-stop-center untuk mengenali Malaysia secara asas.Masalah kos penyelenggaraan, mungkin?
Penat
Oleh kerana cuaca yang semakin terik dan masing-masing mula menunjukkan muka kebosananan, kami pun menghentikan lawatan kami setakat Rumah Selangor. Yang lain-lain, hanya sempat dirakam kamera. Lagipun isi rumahnya agak kaku dan membosankan.Tidak banyak cerita yang boleh dikongsi. Pengunjung juga tidak begitu ramai, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi mood kami.Kebetulan juga waktu persembahan hampir bermula.
Kami pun bergerak ke bahagian pentas untuk menyaksikan persembahan berbentuk tarian oleh penari-penari kebudayaan Mini Malaysia. Di akhir persembahan, penonton dijemput untuk menari bersama.
Puan Kamilah menjeling tajam.
Gulp!
Maka, kami pun menamatkan lawatan kami ke Mini Malaysia ini. Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami menunaikan dulu solat Zohor di surau yang berhampiran.
2 Comments
good post bang. very helpful n informative. tq
ReplyDeleteTerima kasih kembali. Alhamdulillah jika bermanfaat. :)
Delete