Buah Genuak

Genuak aka Kerdas
Genuak aka Kerdas
Dulu.

Entah berapa tahun dahulu. Saya ke pasar mengikut ayahanda. Ternampak buah ini, abah singgah mahu membeli.

"Buah apa ni, bah?"

"Buah kerdas namanya, dik".

Pakcik menjual menyampuk mesra. Kami berbalas senyum.

"Kalau nak makan ni, ada pantangnya tau dik!".

Pakcik menambah. Ah, bukan perkara aneh. Orang Melayu memang kaya dengan pantang-larang.

"Pantang? Apa pantangnya?"

"Lepas makan buah ni, jangan dilangkah ampaian baju!"

Saya terdiam. Mula memikir-mikir apa pula jenis pantang ini. Akan sakitkah?

Buntu. Malu bertanya, sesat lah jalan. 

"Kenapa pulak?"

Pakcik yang sedari tadi tersenyum-senyum, terus ketawa. Abah di sisi pun turut sama tergelak.

Ampaian baju.

Langkah.

Cis! Makanlah apa sekalipun, mana boleh kau langkah ampaian baju yang tinggi! 

Genuak betul.





Reactions

Post a Comment

0 Comments