Burung Cenderawasih

Di alam Melayu, kalau tidak silap burung ini dipanggil burung syurga. Entahlah. Ini dengar-dengar sahaja. Mungkin digelarkan begitu kerana kecantikan burung ini yang sangat mempersona. Burung Merak yang kononnya cantik itu pun, tidak terlawan dengan keindahan burung Cenderawasih ini.

Aku pernah menonton satu rancangan televisyen (National Geographic) perihal burung hutan ini, memang mengkhayalkan. Juga lucu. Aksi-aksi burung jantan mahu memikat si betina, penuh dengan gaya (yang maskulin). Ahahaah! Nantilah, jika aku jumpa di Youtube, aku kongsikan.


Bird of Paradise


Birds of Paradise

Ini saja sumber yang aku rujuk untuk mendapatkan maklumat. Tidak banyak juga maklumat yang diperoleh. Burung ini banyak terdapat di kepulauan Indonesia, khususnya di bahagian timur. Sedikit catatan dari Wikipedia ini;

Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang pemilik dari dikenakan hantaran santau.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.

Kayangan? Huh!



Zoo Melaka

Ya. Di sini sekali lagi tempat menjadi saksi pertemuan mata antara aku dan burung Cenderawasih ini. Dikurung dalam sangkar yang agak sempit, kasihan melihat kebebasan burung yang disekat. Nasibmu wahai burung. Moga satu hari nanti kau akan terbang bebas juga.

Sempat juga merakamkan gambar burung-burung ini.

Untuk kenangan.

Untutk tatapan.








Reactions

Post a Comment

0 Comments