Nilaian: 3/5 bintang
Buku kedua Hari-hari Sayang Nabi ini berbeza daripada buku pertama. Masih berkonsepkan komik/kartun untuk menerangkan hadis, namun kali ini disertakan dengan beberapa cerita pendek (cerpen). Cerita biasa dalam kehidupan seharian, kisah orang yang mahu mencari hidayah tuhan.
Dan aku rasa, aku silap dalam mengkategorikan buku ini sebagai "kids". Karakternya kanak-kanak, tetapi pengisiannya memerlukan daya fikir orang dewasa.
Masih tetap bagus untuk bacaan keluarga. Kalau tak keterlaluan, buku ini juga sesuai untuk tazkirah.
:)
Ulasan buku yang lain
0 Comments