How Old Do I Look?

Kecoh di dunia maya (Facebook lah, mana lagi?) dengan aplikasi yang boleh mengagak umur kita berdasarkan gambar yang dimuatnaik.

How Old Do I Look? Katanya.

Ah!

Kenapa?

Kenapa perlukan aplikasi seperti ini? Sudah tidak ada kerja yang lebih berfaedahkah? Apa "formula" yang digunakan untuk mengagak umur ini?

Aku abaikan.

Walaupun sedikit sebanyak ianya agak menjengkelkan, aku diamkan sahaja. Kongsi sana, kongsi sini dan komen-komen yang diterima, aduh! Ah! Biarlah. Biarlah mereka itu bersukaria, barangkali mereka mahu mencari "escapism" dari dunia nyata, sekadar mahu berhibur.

Dan, aku.

Wahai aku!

Kenapa perlu serius? Sesekali, bak kata orang Minang, "join the crowd"!

Nah!

Ambil ini!






Ha!

Patutlah ramai yang suka. Aku sendiri, umur hampir satu dekad lebih muda! Hhahahah! Tak perlulah gunakan makjun atau jamu.

:)

Oh! Kau tahu, ada juga pemimpin negara tersohor yang "bermain" dengan aplikasi ini.

Kenal?


Saya lihat ramai yang cuba teka umur. How-Old.net kata saya 46. Umur sebenar saya 61. #ILoveThisWebsite #HowOldRobot

Hihihih!







Reactions

Post a Comment

0 Comments