Uban |
Perihal uban.
"Putihnya rambut kau! Muda lagi dah beruban!"
Ya. Saya sudah mendengar ayat-ayat (dan seumpama) ini semenjak zaman kegemilangan kesultanan Chulalongkorn dahulu. Mula-mula, sentaplah juga. Lama-lama, sudah mangli. Senyum sahaja. Iakan sahaja kepada mereka itu, kerana sebenarnya melihat reaksi mereka yang seperti melihat keajaiban duniawi ke-lapan-puluh-enam itu kadang-kala menghiburkan.
Cuma pagi tadi ketika memandu sambil rambut uban putih-putih melati saya diuliti angin pagi yang berbaur karbon monoksida, saya terfikir juga untuk menyenaraikan skema jawapan untuk soalan yang berulang-ulang ini. Saya kelaskan jawapan-jawapan ini, mudah untuk dirujuk berdasarkan latarbelakang si penyoal;
Kategori mak-mak / abah-abah
"Entah lah makcik/pakcik, dari kecik lagi ni. Terima saja lah"
Kategori Islamik
"Ada hadis hasan yang menyatakan uban itu menjadi cahaya di hari akhirat kelak"
Kategori nak membahan
"Aku yang beruban, kau yang panas?"
Kategori penyoal bajet muda ever after
"Mati pun tak kenal tua muda"
Kategori doktor perubatan yun nam jadi-jadian (pandai lah dia senaraikan punca dan rawatan)
"Tangan di dada, mata kasi nampak putih je"
Itu sahaja yang terfikir buat masa ini.
:)
Yang ikhlas,
Tok Uban Tampan
Bekas peminat kumpulan KRU
0 Comments