Hari Keluaga Jabatan IT MITI Di Sailor's Rest, Janda Baik

Bulan April yang lepas, jabatan tempat ummi bekerja mengadakan Hari Keluarga.

Saya ini menumpang kasih lah, sebab "keluarga" saya di pejabat sangat sibuk. Sudah enam tahun bekerja di situ, tidak pernah "keluarga" saya mempunyai hari untuk diraikan.

:)

Sailor's Rest, Janda Baik

Kami antara yang awal tiba di tempat acara yang bakal berlangsung. Janda Baik bukan kawasan asing bagi kami. Saya sendiri sedari kecil sudah kerap berulang-alik ke kawasan sejuk negeri Pahang ini untuk berkelah bersama keluarga. Ya, berkelah. Sungai di kawasan tanah tinggi ini sangat bersih, jernih, sejuk dan dikelilingi hijau rimba yang sangat menenangkan. Jaraknya memerlukan kurang lebih 45 minit pemanduan dari rumah sampailah ke tapak perkelahan. Perjalanan yang sangat sekejap sebenarnya, menjadi perlahan disebabkan perlu memandu mendaki bukit!

Lokasi Hari Keluarga ini merupakan satu kawasan yang agak baru bagi kami. Letaknya lebih jauh ke hulu, sedangkan kami sering memilih kawasan yang lebih hilir untuk berkelah. Nasib juga boleh memandu terus ke sini, walaupun perlu melalui jalan yang tidak berturap. Cuaca juga sangat baik, jika hujan jenuh juga mahu sampai ke tapak acara.

Oleh kerana kami tiba agak awal, jadi kami antara yang pertama merasmikan juada sarapan pagi. Tidak semewah mana, tapi cukup untuk mengenyangkan perut. Tetapi percayalah, kenyang perut itu tidak seberapa untuk dibandingkan nikmat mengecapi suasana segar pagi di Sailor's Rest ini.

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang Sailor's Rest Di Janda Baik, PahangSekitar restoran

Sementara menunggu kehadiran peserta yang lain, kami mengambil kesempatan untuk melawat keliling resort yang kehijauan. Ditemani puan punya resort (saya agak begitu berdasarkan ketrampilan beliau), kami ditunjukkan pilihan-pilihan penginapan yang ada sekiranya ingin bermalam di sini. Saya ingat-ingat lupa, sama ada ianya hanya khusus untuk tempahan secara besar-besaran (seperti hari keluarga) sahaja. Maknanya, jika hanya satu keluarga sahaja ingin menginap, pihak resort tidak keberatan untuk menerima. Maafkan saya jika maklumat ini salah, sebaiknya boleh hubungi pihak resort untuk pengesahan.

Yang paling menarik perhatian saya ialah glamping, yakni khemah besar yang disusun sepanjang sungai dan boleh memuatkan sebuah keluarga dengan selesa.

Sailor's Rest Di Janda Baik, PahangKawasan dan suasana glampingSailor's Rest Di Janda Baik, PahangSailor's Rest Di Janda Baik, Pahang

Terdapat beberapa lagi jenis penginapan selain daripada glamping. Ada gaya kampung, moden dan juga banglo. Terpulang kepada selera masing-masing.


Sekitar

Oleh kerana acara masih belum bermula, kami mengambil peluang untuk melawat keseluruhan kawasan. Sudah tentu, kami mengambil peluang untuk bergambar.

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang

Sukaneka

Kami kemudiannya memulakan acara dengan ucapan alu-aluan Tuan Haji Zamani, ketua jabatan yang diraikan. Beliau bakal berpencen dan majlis ini juga diadakan sebagai majlis perpisahan. Selanjutnya, pelbagai permainan yang melibatkan semua peserta termasuk anak-anak.

Saya?

Lebih banyak memerhati dan bergambar. Sempat juga menidurkan sibujang yang keletihan.

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Mendengar taklimat

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Music Chair

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Baling selipar

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Baling selipar dewasa

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Model suratkhabar

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Sesi ujian dan permarkahan

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Peserta cilik

Sailor's Rest Di Janda Baik, Pahang
Rebut gula-gula

Penutup

Sebelum bersurai, kami berkumpul sekali lagi untuk ucapan perpisahan dan juga penyampaian hadiah. Matahari semakin garang tetapi kami tenang sahaja dengan suasana sejuk di Sailor Rest. Sebelum bersurai, kami menjamu selera sekali lagi dan untuk anak-anak, sudah tentu mereka menagih upah untuk berendam.

Layankan saja.

Sailor's Rest menarik untuk dikunjungi dan juga bermalam. Kalau diberi pilihan, saya mahu mencuba glamping yang besar itu. Entahlah. Tunggulah kalau ada yang mahu menganjurkan hari keuarga lain.


*****
Sailor's Rest Resort
Lot 8592, Lorong Dato Panglima
Kg. Sg. Lurau, Janda Baik
28750 Bentong, Pahang
Malaysia

Website: http://www.sailorrest.com
Phone (HP): 6012-360.9227 (Hashim)
Phone (Home): 603-4292.7036
E-mail: sailorest.jandabaik@gmail.com







Reactions

Post a Comment

0 Comments