I'm Backpacker: Korea |
I'm A Backpacker: Korea oleh Halian Azurin
Nilaian: 4/5 bintang
Buku ini sangat informative!
Berbaloi untuk dibeli, sudah tentu relevan kepada sesiapa sahaja yang mahu ke Korea. Bukan untuk penggemar K-Pop sahaja, tahu? Heh!
Penulis memperincikan setiap perkara yang menjadi persoalan kepada pelancong/backpacker. Dan tidak keterlaluan jika buku ini sesuai untuk dibawa ke Korea sebagai panduan. Gambar-gambar yang disertakan juga menarik dan sedap mata memandang.
Cuma, ya ada "cuma"nya. Ada beberapa perkara yang mungkin boleh diperbaiki (bagi saya).
- Buku ini menggunakan bahasa harian. Tidak ada masalah untuk saya membacanya, tetapi bagai "tidak kena" dengan buku yang bersifat maklumat. Penggunaan bahasa formal lebih sesuai, seperti mana penerangan penulis berkaitan "penghormatan" bahasa oleh orang Korea sendiri. Lagipun saya beli buku ini untuk rakan Cina saya. Dia yang beria mahu beli buku ini untuk rujukan melancong ke Korea. :)
- Bab-bab yang pendek (terutamanya bahagian sejarah). Adakalanya seperti tergantung. Alang-alang bercerita, biarlah lebih lanjut. Mahu dengar pandang/cerita orang Malaysia sendiri :)
- Saya membandingkan kisah travel yang banyak menceritakan kesan travel itu kepada kehidupan, tetapi buku ini hampir tidak ada menceritakan hal itu. Mungkin penulis ada alasannya, tetapi saya tetap merasakan itu satu kekurangan. ;)
Selebihnya, buku ini memuaskan. Cuma buat masa ini saya masih belum "terbuka hati" untuk ke Korea. Tetapi saya pasti akan merujuk buku ini jika satu hari ini saya ingin bertemu "Janggeum", heroin Jewel of The Palace itu! :)
Ulasan buku yang lain
0 Comments