Shell Out.
Saya tidaklah begitu kisah dengan hal Shell Out ini, kerana saya bukan lah food hunter. Jika ada, ada lah.
Jadi, malam itu kali pertama saya merasa apa itu Shell Out.
Sekali pandang, ianya hanyalah masakan yang sebenarnya biasa dimakan, tetapi hidangannya bukan di atas pinggan. Sehelai plastik panjang dihamparkan, dan semua hidangan diletakkan di atas hamparan itu. Kami duduk keliling dan menjamah, atau lebih mudah saya katakan ianya sesi meratah!
Oh! Mujur juga saya sudah "bersedia". Jika mahu ber Shell Out, pastikan memakai seluar yang mesra perut untuk bersila. Ehehehe!
Gout
Ahahaha! Makanan yang disediakan sememangnya sangat "mesra" gout. Saya sendiri, sudah pernah diserang gout sekitar tahun 2013. Jadi, terkenangkan pengalaman itu membuatkan saya mengawal pemakanan saya malam itu.Konon!
Bedal bagai sudah tiada lagi hari esok!
Menyesal lah kemudian melihat timbangan.
Gemuk yang tak sedar diri.
:(
Burrrppp!!
Alhamdulillah.
Kenyang. Sekenyang meraikan kemenangan Selangor ketika di kelilingi ipar duai yang berasal dari Kedah.
Ehehehe!
Sebab itu namanya Shell Out 2-0.
Jangan marah, ya!
:)
0 Comments