Encik Putih di menara gading |
Geram sebenarnya. Kawan-kawan seperkayuhan ke Port Dickson tempohari, sudah mengulangkayuh ke Melaka pula.
Saya?
Agak sukar untuk turut kerana rancangan mereka yang agak mengejut. Lagi-lagi, tidak seronok juga mahu meninggalkan anak-anak dan isteri berturut-turut.
Keluarga lebih utama, bukan?
Jadi, saya hanya mendoakan sahabat-sahabat saya itu selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Walau hati luka parah akibat cemburu. Ditambah lagi kiriman-kiriman gambar perjalanan di dalam group Whatsapp.
Aduh!
Maka kerana itu saya pun mengayuh basikal di sekitar rumah dan menara gading yang berhampiran. Jadilah. Dapat juga 20 kilometer.
Encik Putih yang kacak |
Lebih penting, kita amalkan hidup sihat, ya!
0 Comments