Pameran Lagenda P. Ramlee di NU Sentral

Lagenda P Ramlee

Bermula pada 12 Mac sehingga 20 Mac 2016, NU Sentral menganjurkan satu pameran khas mengenang lagenda negara, Tan Sri P. Ramlee.

P. Ramlee.

Atau Ramlee sahaja.

Siapa yang tidak kenal? Manusia gemilang yang banyak menyumbangkan tenaga dan jiwa kepada industri seni tanah air. Anak kelahiran Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai bakat.

Tidak perlulah saya menceritakan hal anak seni ini.

Cuma saya mahu berkongsi.

Kunjungan saya ke ruang legar NU Sentral baru-baru ini, membuat saya tersenyum-senyum sendiri. Yang dipamerkan, hampir semuanya saya tahu. Mendengar dendangan P Ramlee di corong pembesar suara, membikin pengunjung-pengunjung yang hadir tersenyum tanpa sedar.

Mengimbas kenangan.



TGIF! Have you checked out our Lagenda P. Ramlee exhibition yet? Be inspired by his life and create a video submission...
Posted by NU Sentral on Thursday, 10 March 2016


Ruang legar
Pameran di ruang legar NU Sentral

Melihat-lihat props yang digunakan, saya terbayang watak-watak dan situasi lakonan Sudin, Aziz, Saloma, Sarimah dan lain-lain yang sezaman. Baju Kassim Baba, rupanya berwarna merah jambu. Baju Ketua Penyamun, berwarna perak. Motor yang digunakan Ali Baba, ada juga dipamerkan.

Ah! Baju Saloma, membuatkan kau terfikir. Bagaimana beliau mendapat pinggang yang sebegitu ramping?

Datanglah berkunjung. Sambil-sambil membawa keluarga berjalan-jalan sempena cuti sekolah. NU Sentral tidak kurang kalahnya dengan mall yang lain.

Sedikit gambar untuk tatapan mereka yang tak berpeluang.

Pakaian Saloma
Pakaian

Motor dan basikal Bujang Lapok
Motor dan basikal Bujang Lapok

Poster filem
Poster filem

Catatan sejarah P Ramlee
Catatan sejarah

Datanglah.

Oh! Tidak.

Saya tidak ada share dengan NU Sentral.

:)





Reactions

Post a Comment

0 Comments