Saya berkira-kira, setiap acara akan saya catatkan pengalaman itu di blog. Untuk perbandingan dan rujukan masa akan datang.
Untuk larian kali ini, pencapaian saya kurang memuaskan. Untuk jarak 7 kilometer, saya hanya dapat menamatkan larian dalam tempoh masa 1 jam 4 minit. Purata larian 9++ minit untuk 1 kilometer.
Ya, ada faktor-faktor yang memperlahankan larian saya, tetapi mungkin ianya lebih kepada alasan.
Sehari sebelum acara, saya membuat larian pendek tiga kilometer di UIA. Ini kali pertama. Selalunya saya tidak akan membuat apa-apa aktiviti sehari sebelum acara kerana bagi saya, sehari sebelum acara adalah waktu untuk berehat dan menenangkan diri. Kali ini tidak, kerana saya agak "risau" kerana hampir dua minggu saya tidak ada membuat latihan. Akibatnya, kaki menjadi lenguh dan tenaga tidak pulih sepenuhnya sebelum acara sebenar bermula.
Faktor kedua, laluan larian yang berbukit-bukau. Hampir dua kilometer pertama, semuanya mendaki. Kemudian, kilometer keempat dan kelima juga kawasan mendaki. Tenaga saya semakin berkurang dan benar-benar penat.
Faktor ketiga, sakit pinggang. Benar, saya semakin kerap sakit di bahagian pinggang. Selalunya terjadi apabila saya melakukan aktiviti berat seperti berlari, hiking, mengangkat barang berat. Rakan-rakan mencadangkan untuk membuat pemeriksaan pakar, dikhuatiri ianya disebabkan oleh slip-disc. Entahlah, saya agak keberatan tetapi tidak mahu juga ianya melarat. :(
Jadi, dengan "alasan-alasan" ini saya merumuskan larian kali ini tidak lah begitu cantik. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutamanya sesi latihan yang tidak konsisten.
Buat masa ini, saya kongsikan dahulu gambar-gambar yang sempat diambil.
Ialah, bergambar itu wajib!
Ehehehehe!
Meraikan kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan |
|
| ||||
|
|
Sebelum memulakan acara |
Jumpa lagi!
0 Comments