PUMA Night Run 2016

PUMA Night Run 2016
PUMA Night Run 2016

Malam Sabtu (20 Ogos 2016), saya berlari di Shah Alam. Bermula dari Dataran Shah Alam, saya dan rakan-rakan berlari sejauh 10.4 kilometer.

Ini kali pertama saya menyertai acara larian di waktu malam. Selalunya pagi hari minggu. Biasalah, kami tidak segan silu menyertai acara yang dianjurkan oleh badan yang punya nama besar.

PUMA.

Saya kongsikan beberapa perkara berkaitan dengan acara ini, untuk masa hadapan.

  1. Berbahang. Ya, ini faktor cuaca. Dan saya tidaklah mahu menyalahkan cuaca. Yang saya ingin katakan, waktu malam tanpa matahari tidak menjanjikan keadaan akan redup dan sejuk. Sebaliknya, sangat terasa kuapan dan bahang sekeliling, terutamanya di atas jalan. Akibatnya? Lebih cepat penat.
  2. Laluannya, mungkin 70% adalah berbukit. Mencabar, tetapi lain kali kalau mahu ke sini lagi saya hanya akan memilih acara waktu pagi. Bukan malam!
  3. Laluan larian yang tidak ditutup sepenuhnya. Jadi, kami berlari seiring dengan kenderaan sebelah-menyebelah. Ada juga hampir (atau sudah) menimbulkan perbalahan antara pemandu dan sukarelawan.
  4. Sukarelawan terdiri daripada kanak-kanak/remaja? Hai PUMA, kenapa? Bukankah ianya menunjukkan sikap sambil lewa dan mengambil kesempatan (tenaga murah)? Mampukah mereka bertindak ketika terjadinya kecemasan? Mengawal peserta supaya kekal di atas jalan dan dalam lorong pun, mereka takut-takut.
  5. Lorong larian untuk 10000 peserta (yang dikongsi dengan kenderaan) yang sempit menjadi bertambah sempit, sukar untuk berlari dengan selesa kerana jumlah peserta yang ramai. Larian jadi tidak teratur. Ya, saya dan ramai lagi bukan pelari profesional, tapi ini berkaitan dengan keselamatan.
  6. Sesetengah tempat, lampu jalan tidak menyala. Sangat gelap, dan hanya mengharap ihsan lampu kereta dari jalan sebelah. Dan tidak ada inisiatif daripada penganjur untuk mengatasi perkara ini. Sekali lagi, ini isu keselamatan peserta.
  7. Oleh kerana penganjurnya "PUMA", ramai yang teruja untuk turut serta. Tetapi saya rasa ramai yang tidak begitu bersungguh-sungguh. Bayangkan, dalam keadaan sesak begitu ada yang sempat bermain Pokemon, menonton siaran langsung perlawanan akhir badminton sambil memegang handphone, hanya berjalan sedari kilometer pertama lagi dan pelbagai lagi ragam. Ya, mereka hanya sebilangan kecil. Tapi dicampur dengan faktor-faktor di atas, ia mengganggu!
  8. Ada peserta yang sangat poyo! Ketika di KM5-KM6 di mana seorang peserta yang jatuh (pengsan?) di tepi jalan, lorong larian yang sempit menjadi semakin sempit dan saya yang kebetulan di situ hampir-hampir terpaksa menghentikan larian kerana keadaan agak sesak. Yang menjadi isu, peserta dari belakang menolak saya sambil menjerit "keep on moving!". Oh! Saya menahan mulut daripada mencarut, kerana keadaan sebegitu (memperlahankan larian) sudah tentu tidak dapat dielakkan. Hello sayang, bertimbang rasalah sikit! Mana semangat kesukanan?
  9. Water station kurang tong sampah, maka cawan bersepah di atas jalan. Seingat saya semasa SCKLM, saya tidak melihat sampah yang begitu banyak.
  10. Mengambil "goodies bag", medal dan makan minum selepas acara, bagi saya, agak serabut. PUMA boleh belajar dengan SCKLM, yang menyusunatur secara baik 35000 pesertanya dua minggu yang lepas.

Saya jarang memberi feedback kepada penganjur setiap acara larian yang saya sertai, tetapi yang ini terpaksa saya buat pengecualian.

Semoga ada penambahbaikan.

Bakal pelari maraton
We did it!

Penat
Penat







Reactions

Post a Comment

0 Comments