Gelut

"Assalam kikum!"

Dia mengetuk pintu rumah makcik. Ketukan dari tangan montoknya hampir tak berbunyi, tapi suaranya lantang sekali.

"Assalamualaikum lah, bukan Assalam kikum"

"Ha!"

Dia mengangguk mengiakan. Bersetuju dengan pembetulan daripada abah. Mestilah, abahkan berpengalaman luas. Tidak ada keraguan. Kemudian dia berpaling, memberi salam kedua kerana pintu masih belum terbuka.

"Assalam kikum!"

Abah mula meratap hiba di dalam hati.

Dia teruskan dengan salam ketiga.

"Assalam kikum!"

Abah pasrah.

Assalamkikum
"Assalamkikum!"


Kemudian terdengar sayup suara makciknya menjawab salam, dan pintu pun terkuak luas.

Dia terkejut. Tak tahulah terkejut kerana salamnya terjawab, atau terkejut pintu dibuka.

Dan, untuk meyakinkan abahnya bahawa dia benar-benar terkejut dan bukannya main-main, dia pun berkata,

"TERGELUT SAYA!"

Abah pun jatuh terduduk ayu bersimpuh, mencatat kata-kata ciptaan anakanda yang semakin bercambah.

#ceritahafiz
#geramjeaku





Reactions

Post a Comment

0 Comments