Kisah Pokok Bayam Merah Yang Cantik

Ini kisah pokok bayam merah saya yang cantik.
"Abah"

"Ya"

Kakak Hanim memanggil dari tempat duduk belakang. Saya memangku Ultraman Gombak di kerusi penumpang hadapan, manakala jelitawan berlesung pipit fokus memandu. Comel.

Saya baru sampai dari Jakarta. Sedikit penat.

Bayam Merah
Bayam Merah

"Masa hari Ahad tu, kakak tengok air baja pokok bayam tu dah tinggal sikit."

"Iya?"

"Pastu, kakak buatlah air baja tu"


Kakak hitam manis memberitahu dengan penuh rasa teruja.

Saya kagum.

"Ha'ah. Kelentung kelentang dia buat dengan adik (Hanis)", celah Ummi.

Saya senyum. Berterima kasih kepada anak nombor dua yang tinggi lampai ini. Buat masa ini, dia yang lebih menunjuk minat dengan hobi terbaru abah; menanam secara hidroponik.

Dan saya sebenarnya terharu. Saya terbayang dia membancuh air baja pokok bayam merah kami, agar terus hidup. Gigih dan berusaha. Ingat pada pesanan abah.

Oh, manisnya!

Dan malam tadi, saya berikan dia (dan adik-beradik) penghormatan untuk menuai hasil tanaman kami yang pertama.

Bayam, rasanya biasa sahaja. Tapi penumbesarannya memberi pengalaman hidup yang banyak makna.

Terima kasih, bayam merah.



Kronologi

Saya kongsikan cerita pokok bayam ini dari mula sampai ke akhir. Untuk rujukan sendiri. Untuk kenangan sendiri.

Minggu 1 (22 Ogos - 28 Ogos)

Benih sayur
Benih RM2 satu paket
Letak di tempat gelap
22/8 - Letak di tempat gelap
Sudah bertunas
26/8 - Sudah bertunas
Tunas kecil
Tunas kecil
Alihkan ke tempat panas
Alihkan ke tempat panas


Minggu 2 (29/8 - 4/9)

Berdaun Tiga
Berdaun Tiga
Mengintai matahari
Mengintai matahari


Minggu 3 (5/9 - 11/9)

Berdaun empat
Berdaun empat

Minggu 4 (12/9 - 18/9)

Segar dan hijau
Segar dan hijau

Minggu 5 (19/9 - 25/9)









Minggu 6 (26/9 - 3/10)



Minggu 7 (3/10 - 5/10)








Dan akhir sekali, semangkuk bayam merah (masak air) pun terhidang.

Semangkuk bayam masak air
Semangkuk bayam masak air

Video








Reactions

Post a Comment

0 Comments