Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah

Lokasi pertama kami sebaik mendarat di Sabah ialah Jambatan Tamparuli. Kedudukannya di pertengahan laluan ke Kundasang menjadikan lokasi ini memang mudah disinggahi pelancong.

Saya tidak tahu sejarah di sebalik pembinaan jambatan (gantung) ini, tetapi yang membuatkannya terkenal fikir saya adalah disebabkan lagunya.

Lagu Jambatan Tamparuli (dan terjemahan)

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi



Terjemahan
Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi

Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi

Celaka* kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah

Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi

Sumber : Rakan 1Klik

Seperti lagu Ulik Mayang mewakili negeri Terengganu, lagu Jambatan Tamparuli pula menjadi lagu ikon untuk negeri Sabah.

Sekurang-kurangnya, untuk saya.

Liriknya sangat mudah. Hanya bercerita perihal seorang gadis (agaknya) yang mahu menyeberang sungai dan menggunakan jambatan ini. Kasut tingginya terjatuh, lalu dia ke pasar mencari kasut yang baru.

Mudah. Tapi terkenal.

Itu yang menjadi tarikan untuk ke sini.

Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah
Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah
Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli Yang Baru

Jambatan yang ada sekarang ini katanya sudah diperbaharui. Yang asal, sudah pun rosak (akibat banjir?). Saya dan anak-anak meniti sampai ke bahagian tengah, itupun takut-takut. Berayun ke kiri kanan, atas bawah dan di bawah pula sungai yang agak luas mengalir tenang.

Seperti biasa, kami bergambar kenangan.

Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah
Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah


Pekan Tamparuli

Bila difikir semula, rasa rugi juga tak berjalan-jalan di sekitar pekan. Semasa kami mahu meneruskan perjalanan, sempat saya memandu ke kawasan utama pekan. Bangunan-bangunan yang ada bercampur antara yang baru dan lama, dan sudah tentu bangunan lama menarik perhatian saya. Sekiranya berpeluan, singgah lah.

Klasik.

Jom.

Kita ke Kundasang.

Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah
Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah
Sumandak Gombak Gayat Di Jambatan Tamparuli, Sabah


Video Di Jambatan Tamparuli









Reactions

Post a Comment

0 Comments