Mujur juga sempat sembuh sebelum cuti tamat. Minit-minit terakhir, kami memilih Janda Baik sebagai lokasi percutian. Sebenarnya Janda Baik sudah sangat kerap kami ke sana, bezanya kali ini kami mahu bermalam.
Setelah mencari sana-sini dan terpengaruh dengan artikel "12 Resort Bukti Janda Baik, Pahang Adalah Lokasi Percutian Terbaik Untuk Keluarga" dari laman web The Vocket, kami akhirnya memilih Danau Daun Chalets.
Jom saya kongsikan pengalaman kami di sana.
Danau Daun Chalet, Janda Baik
Danau Daun Chalets, Janda Baik
Kami tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai ke sini. Dari rumah (Gombak), hanya mengambil masa kira-kira 45 minit dengan pemanduan tenang dan harmoni. Walaupun kami sudah faham jalan-jalan di Janda Baik, mencari DDC perlu sedikit teliti kerana mudah saja boleh terlajak dan terlepas pandang.Untuk tujuan tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi nombor berikut;
Harga dan Alamat Danau Daun Chalet, Janda Baik
Atau layari laman web DDC di https://www.danaudaunchalets.com/.
Sekitar Danau Daun Chalet
Janda Baik masih hijau, walaupun sudah semakin banyak bukit yang botak di sana sini. Suasana yang dekat dengan alam semulajadi memang menjadi kegemaran saya secara peribadi, dan harapnya isteri dan anak-anak juga begitu. Sudah muak bercuti di kawasan bandar, jadi kali ini kita pilih dengan kawasan yang penuh oksigen segar.Kami tiba agak lewat, sekitar jam 4 petang kerana terlebih dahulu berkelah di Riverside, kira-kira 2 km dari DDC. Ruang parkir DDC terletak di tepi jalan utama.
Oh! Jangan terkejut dengan kaunter "receptionist" nya. Hanya sebesar pondok
jaga, dan tidak ada orang di kaunter sepanjang masa.
Danau Daun II (Luar)
Dari pintu masuk utama, kami terus ke kanan dan bertemu dengan tasik
buatan yang keruh. Katanya sebab musim hujan. Sedikit kecewa dengan
pemandangan begini, tetapi segera hilang bila ternampak Danau Daun II kami
yang mengintai di balik pokok-pokok rendang.
Comel betul!
Sebelum melangkah masuk, saya sempat membuat "kunjungan hormat" sekitar
rumah. Mahu melihat apa yang ada, dan apa yang menarik.
Sangat menarik!
Sangat menarik!
Danau Daun II (Dalam)
Dengan Bismillah, kami melangkah masuk.Perasaannya, memang penuh kerterujaan. Mata berbinar-binar melihat hiasan rumah pencen idaman saya. Hahaha! Ya, saya mengimpikan rumah kayu (yang moden) untuk sisa umur yang berbaki (sekiranya ada) selepas pencen nanti. DD II memenuhi kriteria ini. Hanya ada dua bilik, dua bilik air, ruang tamu dan dapur. Cuma bagi kami kami, dapur ini kurang keluasannya, tapi sesuailah untuk tujuan rumah penginapan hujung minggu begini. Ruang tamunya agak luas, dan pintu cermin besar memisahhkan antara ruang tamu dan balkoni, sangat memikat. Pandangan mata tembus melihat ke luar dan kita dapat menikmati suasana alam sekitar walaupun di dalam rumah.
Nyamuk?
Hairannya sepanjang masa kami di sana, tidak ada langsung datang menggigit. Mungkin sedang bercuti.
Bilik airnya seperti di atas. Di bahagian shower, bumbungnya hanyalah lapisan kaca pandangan tembus ke luar dan ke dalam. Bayangkan, sedang mandi di situ tiba-tiba ada Pak Atan (yang dalam Didi & Friends tu lah) datang mengintai.
Seram!
Bilik Utama agak luas. Dilengkapi dengan sebuah gerobok (almari) lama dan juga meja solek. Katilnya saya fikir bersaiz King. Bahagian yang menjadi kegemaran saya ialah tingkapnya yang sangat besar dan luas. Ada saya kongsikan gambarnya di bawah.
Oh! Tidak ada penghawa dingin di sini. Hanya kipas dan kesejukan semulajadi.
Kopi N Kraft
Kami sudah sedia maklum di sini tidak dibenarkan untuk memasak. Jadi untuk makan malam, kami habiskan saja bekalan berkelah yang masih berbaki. Pagi esoknya, kami ke kafe yang berada dalam kawasan Danau Daun ini untuk bersarapan. Dari pintu utama, kafe ini terletak di sebelah kiri, di kawasan berbukit. Jadi perlu mendaki menggunakan tangga yang disediakan.
Kafe ini dinamakan Kopi N Kraft dan dibuka juga untuk orang awam. Harga
makanannya, tidak mahal dan tidak murah. Adatlah. Lagipun, sebahagian (atau
keseluruhan) hasil kafe ini disalurkan ke maahad tahfiz yang terletak di
seberang jalan.
Baguskan? Bercuti dan beramal dalam satu masa.
Suasana kafe juga menyegarkan. Kami memilih untuk duduk di bahagian luar. Hiasan kafe ini juga menarik. Ukiran-ukirannya juga saya fikir lebih bercirikan seni Indonesia.
Baguskan? Bercuti dan beramal dalam satu masa.
Suasana kafe juga menyegarkan. Kami memilih untuk duduk di bahagian luar. Hiasan kafe ini juga menarik. Ukiran-ukirannya juga saya fikir lebih bercirikan seni Indonesia.
Sesi Fotografi
Sudah tentu, tempat sebegini sangat mesra fotografi. Semenjal melihat gambar-gambar Danau Daun Chalet di internet, saya sudah terbayang sesi fotografi bersama keluarga. Malahan, saya bercadang untuk membuat sesi bergambar hari raya!Poyo betul.
Tapi kesudahannya, hanya bergambar biasa-biasa sahaja. Tak mengapalah, asalkan ada untuk dibuat kenangan.
Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan chalet ini. Selesa dan menepati citarasa percutian kami sekeluarga. Tenang. Anak-anak pun tidak banyak karenah.
Untuk mengulangkunjung, mungkin bukan dalam masa terdekat. Melainkan ada tajaan. Ehehehe! Kerana di Janda Baik, sangat banyak pilihan resort/chalet yang ada. Pilih saja mana yang berkenan di hati.
Trivia;
- Sisa buangan dari dapur terus masuk ke kolam. Kolam yang keruh ditambah pula dengan sisa buangan boleh "membantut"kan selera percutian
- Tiada Wifi
- Ada siaran Astro
- Capaian internet UMobile ada. Celcom tidak ada (perlu keluar).
- Tidak ada penghawa dingin
- Agak jauh dari kedai, hanya ada restoran Kafe N Kraft untuk mendapatkan makanan.
- Kafe tutup jam 7/8 malam.
0 Comments