Ada Apa Di Jonker Street, Melaka?

"Aduh! Tiket Baba & Nyonya Heritage Museum untuk dewasa harganya RM16."

Saya membuat congakan pantas untuk kami enam beranak.

Hui!

Tidak. Tak berbaloi saya berbelanja sebanyak itu, memandangkan yang benar-benar "menghayati" nikmat ke muzium hanya saya seorang. Kalau saya seorang, memang pasti saya melangkah masuk.

Kami akhirnya memutuskan hanya berjalan kaki di sekitar Jonker Street. "Look see look see." Bak kata 'omputih'.

Jonker Street, Melaka
Muzium di Jonker Street, Melaka

 

Pasar Karat Jonker Street

Kami mulakan ke satu lorong jalan berhampiran dengan muzium tadi. Saya tak pasti sama ada ini yang dinamakan pasar karat, di mana terdapat pelbagai barang jualan dari dekad-dekad yang lepas. Penjualnya pun kebanyakkan berumur berdekad-dekad. Orang yang ada hobi mengumpul barang lama, mungkin berminat. Bagi saya, hanya melihat-lihat.

Saya nampak kaset kumpulan Olan. Wow! Bandar Tasik Selatan dah maju sekarang, bro. Hahahaha!

Jonker Street, Melaka

Membeli-belah

Dari pasar karat, kami masuk ke Jonker Street. Saya pernah ke sini beberapa tahun dahulu, dan suasana ketika itu (malam) meriah dengan pelbagai jualan. Saya dimaklumkan pasar malam ini hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu, setiap minggu.

Oleh kerana kami datang pada waktu siang, Jonker Street berfungsi seperti hari biasa menjadi kawasan laluan kenderaan. Namun kedai di kiri-kanan jalan tetap menarik dikunjungi. Kami sempat singgah ke beberapa kedai dan membeli sedikit cenderamata.

Ya lah tu!

Robot Ironman untuk si Hafiz saja harganya sudah mencecah RM30.

Kopak!

Street Photography di Jonker Street, Melaka
Bangunan lama di Jonker Street, Melaka

Air Tembikai Segar

Berjalan-jalan dalam cuaca yang panas terik, sememangnya mengundang dahaga. Minuman dalam tin dan kotak tak menghilangkan haus. Sampailah kami melalui beberapa gerai yang menjual air tembikai.

Air tembikai di dalam tembikai!

Menikmati air tembikai di Jonker Street

Ada beberapa saiz pilihan, kami ambil yang saiz sederhana (RM12) umtuk satu keluarga. Prosesnya mudah. Pilih saja tembikai yang berkenan di hati (semuanya berbentuk lonjong), pangkalnya ditebuk dengan sejenis alat untuk membuat lubang. Kemudian sejenis pengisar seperti pengadun tepung digunakan untuk menghancur dan "mencair" kan isi tembikai.

Pacak dua straw. Warna ungu, warna biru.

Siap!

Tak ada gula, tak ada ais. Hanya tembikai yang manis.

Sedapnya, Ya Tuhan. Sampai hilang biji mata hitam taktala hirupan air sampai ke tenggorok.


Berbaloi?


Jonker Street, Melaka

Untuk kami, biasa saja. Pergi tak apa, tak pergi pun tak banyak beza.

Mungkin kalau berseorangan, saya boleh saja datang ke sini lagi. Kerana Jonker Street sangat "mesra" bagi orang yang suka membuat "street photography". Bangunannya cantik, comel dan gebu.







Reactions

Post a Comment

0 Comments