Satu Petang Ramadan Bersama Sang Bulu Bernama Tambi

Selalu waktu petang-petang hujung minggu saya ambil masa sikit bawa awek bermisai ni jalan-jalan keliling kawasan rumah. Sambil tu boleh juga asah perasap kamera yang terperam. Ini lah model yang sanggup melayan hobi tuan dia. Kalau kena tempat, memang ligatlah dia ke sana sini. Bila dah penat, elok duduk diam senang nak bergambar.



Nak kata kita pandai ambil gambar tu, tak lah. Tapi memang orang berpengalaman pun selalu pesan, berlatih kerap untuk jadi lebih mahir.

Apa-apa pun memang begitu.

Berlatih. Banyak kali.

Moga amal ibadat yang berulang-ulang semasa Ramadan ini juga bakal menjadi perbuatan yang kekal untuk diteruskan.

Insya-allah.



_______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Membongkok ambil gambar sudah tak terkepit perut. Oh!





Reactions

Post a Comment

0 Comments